A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Zahid mahu Cyber trooper UMNO bekerja keras tangkis dakyah anti pemerintahan

Zahid mahu Cyber trooper UMNO bekerja keras tangkis dakyah anti pemerintahan

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan parti UMNO tidak begitu jumud dan terus berada di dalam sebuah kepompong dan tenggelam bersama-sama media konvesional.

Sebaliknya, media konvesional harus digabungkan bersama-sama dengan media komunikasi baru kerana berdasarkan analisis, cyber troopers UMNO jauh ketinggalan berbanding media siber yang menolak kerajaan.

“Hanya 6.6% di kalangan media troopers yang mendokong kerajaan dan jumlah itu jika mengikut nisbah adalah tiap satu daripada media troopers yang menyokong kita ada 15 yang menentang.

“Saya menyeru dengan bermulanya Skuad Komunikasi dan Media Wanita UMNO yang dimulakan dengan pergerakan Wanita UMNO, tahap peratus media siber yang menyokong kerajaan akan menjadi 93% dengan maklumat kerajaan sampai kepada golongan sasaran,” kata Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika pelancaran Skuad Komunikasi dan Media Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Menurut Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dari segi persepsi pula, 87% kumpulan cyber troopers yang tidak mendokong kerajaan telah berjaya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan.

“Persepsi ini harus diubah, daya pemikiran juga kita kena ubah dan banyak perkara lain lagi. Persepsi terhadap UMNO adalah negatif, kepada Barisan Nasional (BN) negatif, kerajaan dan kepimpinan juga negatif.

“Kita harus pinda dan berubah untuk melangkah ke hadapan. Persepsi rakyat perlu terarah kepada UMNO dan kita harus berusaha,” katanya.

Mengambil contoh apa yang dilakukan oleh kumpulan komunikasi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mereka dikatakan berjaya mengubah persepsi rakyat AS yang pada awalnya dilihat menolak pencalonan beliau selaku Presiden AS.

Justeru zaman media konvesional telahpun berlalu dengan media baru hari ini disifatkan sebagai sebuah peperangan persepsi.

Barang siapa yang mampu menguasai minda rakyat dengan persepsi dan pemikiran, maka mereka adalah golongan yang berjaya.

“Kita hampir kalah pada PRU13, kita hampir kecundang kerana kalah dari segi persepsi minda. Kita mesti mengubah keadaan, saluran, ubah kaedah komunikasi.

“Saya bercakap serius kita berada di dalam kepompong, ladang yang lama yang mana kita tak perlu lagi kepada kepompong dan ladang kerana komunikasi hari ini hanya di hujung jari, bukan lagi di mata pena yang dikatakan lebih tajam. Sekarang semuanya di hujung jari, lebih tajam menterjemahkan minda manusia,” katanya.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *