Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / WASPADA ERA POLITIK PERSEPSI

WASPADA ERA POLITIK PERSEPSI

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kegusaran baginda terhadap kecenderungan generasi muda yang terlalu banyak bergantung kepada maklumat yang bersumberkan media sosial yang lazimnya tidak dapat disahkan kebenarannya.

“Perkara ini sekiranya tidak dibendung akan menjadi parah dan boleh mengakibatkan negara menjadi huru-hara akibat fitnah dan khabar angin yang berlelua­sa,” titah baginda ketika berucap pada majlis pelancaran buku, Sagiyah Salikin: Tahu Menjaga Tuah beberapa hari yang lepas.

Baginda turut memberi contoh bagaimana buku sejarah yang dinukilkan oleh penulis berbangsa Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan mempunyai maklumat yang dipesongkan demi mencapai agenda penjajah yang tidak selari dengan kehendak rakyat tempatan.

Kebimbangan mengenai senario fakta diputarbelitkan yang dikatakan mampu mewarnai pemikiran seseorang seperti yang diluahkan oleh Sultan Selangor itu bukan hanya berlaku pada era negara sebelum merdeka tetapi telah mencapai tahap yang kritikal ketika ini dengan adanya dunia maklumat di alam maya.

Tahap kritikal bukan kerana negara kecil seperti Malaysia yang sering terdedah dengan strategi percaturan politik di alam maya yang banyak berkisar kepada penyaluran persepsi berat sebelah, malah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Australia juga terdedah dengan ancaman tersebut.

Lebih berbahaya lagi jika percaturan persepsi ini didalangi oleh sebuah organisasi tersusun atau pun sebuah negara seperti yang telah berlaku dalam pilihan raya presiden AS yang menyaksikan Donald J. Trump menewaskan pencabarnya Hillary Clinton yang dianggap satu keputusan yang tidak diduga.

Trump yang bakal melafazkan sumpah jawatan presiden pada 20 Januari ini diselubungi dengan persepsi bahawa kemenangan beliau sedikit-sebanyak dibantu oleh Rusia yang dikatakan me­nyalur maklumat bersifat negatif mengenai pencabar Trump.

Menurut agensi risikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS, Rusia telah menggunakan landasan alam maya terutama­nya media sosial bukan sahaja untuk menyalurkan maklumat serong mengenai Clinton tetapi juga mempunyai maklumat yang mampu memeras ugut bakal presiden AS itu.

Begitu juga dengan Jerman yang bakal menempuh pilihan raya tidak lama lagi begitu gusar dengan percaturan persepsi serong yang lebih banyak me­ngandungi berita palsu berban­ding maklumat sahih. Agensi risikan Jerman iaitu BfV telah mengesahkan sistem komputer milik Parlimen Jerman yang digodam tahun lepas besar kemungkinan didalangi oleh kumpulan yang berpangkalan di Rusia.

Sebagai langkah berjaga-jaga menjelang pilihan raya, kerajaan Jerman telah menubuhkan satu agensi khusus untuk menangani penyebaran maklumat palsu terutamanya yang berpunca daripada organisasi asing kerana jika tidak dibendung akan mempe­ngaruhi persepsi pengundi Jerman seperti yang dikatakan te­lah berlaku semasa pilihan raya presiden AS.

Kebimbangan kerajaan Jerman mempunyai asas kerana begitu banyak sekali penyebaran berita palsu dalam alam maya mengenai pendatang asing beragama Islam yang menjerumus kepada senario yang boleh menggugat keselamatan rakyat Jerman. BfV percaya penyebaran maklumat berbentuk sensasi ini didalangi oleh Rusia yang pada asasnya mahu memberi persepsi negatif dasar pela­rian Canselor Angela Merkel yang membuka pintu kepada pelarian termasuk dari Syria.

Bukannya kerana Rusia tidak bersetuju dengan dasar pela­rian Merkel tetapi dengan harapan persepsi negatif ini akan menyebabkan Merkel tewas dalam pilihan raya akan datang kerana pemimpin Jerman ini begitu lantang bersama-sama dengan Pre­siden Barack Obama menghukum Rusia ekoran krisis Ukraine.

Australia juga terdedah de­ngan berita palsu apabila persepsi cuba dikaitkan di antara industri halal negara tersebut dengan keganasan. Strateginya adalah mudah iaitu mengaitkan agama Islam dengan keganasan dan seterusnya memusnahkan industri halal Australia dan Pauline Hanson ahli politik berhaluan kanan dan anti-Islam mengamalkan kaedah ini untuk kepentingan parti politik beliau.

Jika percaturan persepsi serong melalui penggunaan maklumat dan berita palsu dapat mempengaruhi minda rakyat AS, Jerman dan juga Australia maka tidak mustahil senario sebegini telah pun melanda Malaysia. Hampir 80 peratus rakyat negara ini mempunyai kemudahan capai­an internet dan sebahagian besar menggunakan landasan media sosial bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi juga untuk mendapatkan maklumat.

Kebimbangan yang disuarakan oleh Sultan Selangor bukan satu mitos semata-mata tetapi adalah kenyataan yang sedang melanda Malaysia. Begitu menular sekali senario yang mana berita sahih tetapi apabila diputar belit mampu memberi kesan negatif. Telah banyak kali berlaku perkara yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara tetapi apabila dipesongkan faktanya te­lah berjaya mempengaruhi minda seseorang.
Begitu berbahaya sekali apabila fakta ekonomi dan pemba­ngunan dipergunakan dan diputar-belit sehinggakan berita palsu dan pesong dianggap sebagai perkara yang benar. Lebih bahaya lagi apabila isu kemanusiaan dan agama dipergunakan seperti yang telah berlaku di Jerman dan Australia hanya untuk meraih manfaat politik kumpulan tertentu.

– Sumber: http://m.utusan.com.my

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *