A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Walaupun hanya perak, Chong Wei tetap wira Malaysia

Walaupun hanya perak, Chong Wei tetap wira Malaysia

21 OGOS: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas di final perseorangan lelaki di Pavilion 4 Riocentro, Sabtu.

Kekalahan 18-21, 18-21 kepada Chen Long dari China dalam masa 73 minit itu juga menyaksikan harapan negara memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik tidak kesampaian.

Ia juga kekalahan ketiga berturut-turut pemain nombor satu dunia itu di pentas final selepas tewas kepada Lin Dan di Beijing 2008 dan London 2012.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Chong Wei selepas berjaya mara ke final buat kali ketiga berturut-turut apatah lagi selepas berdepan rintangan besar termasuk digantung kerana masalah doping dalam persiapannya menghadapi temasya terbesar ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi segeranya berkata beliau amat berbangga dengan semangat jaguh badminton negara, Chong Wei pada aksi perlawanan akhir tersebut.

Najib berkata, walaupun tewas, Chong Wei menunjukkan corak permainan yang amat membanggakan.

“Saya percaya rakyat Malaysia merasakan kebanggaan yang sama dan walaupun tidak menang tapi ia detik yang mengharumkan nama Malaysia.

“Permainan yang baik dari Lee Chong Wei. Tak kira apa jua warna pingat, anda adalah hero kami rakyat Malaysia! Tahniah!,” katanya.

Terdahulu Najib turut berada di Dataran Putrajaya bersama-sama dengan lebih 5,000 peminat sukan tanah air bagi memberi sokongan kepada Chong Wei.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada pukul 9 malam dan turut disertai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

PUTRAJAYA 20 AUGUST 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik Rio 2016 di antara Datuk Lee Chong Wei bertemu pemain China, Chen Long di Dataran Putrajaya, Putrajaya. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *