Selain isu perparitan dan kumbahan, turut dihadapi penduduk adalah sampah, lif rosak, longkang, haiwan perosak dan rumah terbiar yang dijadikan sarang maksiat.

Lebih malang dan semakin parah apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib meskipun aduan dikemukakan beberapa kali.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan Lembah Subang, Mazlan Md. Yunus berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab menyelesaikan pelbagai isu yang timbul menyebabkan penduduk terus diancam masalah kesihatan dan keselamatan.

“Perumahan lapan blok yang mengandungi 3,004 unit itu turut dikenal pasti sebagai lokasi hot spot denggi di Selangor. Keadaan ini benar-benar membimbangkan penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini

– UTUSAN ONLINE