A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Video fitnah: Najib tuntut Pua tarik balik, pohon maaf

Video fitnah: Najib tuntut Pua tarik balik, pohon maaf

Datuk Seri Najib Razak menuntut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengemukakan permohonan maaf selain menarik balik kenyataan dan klip video memfitnahnya yang disiarkan dalam laman Facebook.

Najib yang bertindak atas kapasiti peribadi menyerahkan surat tuntutan itu ke pejabat Pua hari ini melalui firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak Ia berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan dan disiarkan oleh Pua pada 6 April lalu yang dimuat naik dalam laman Facebook Tony Pua.

Sehubungan itu, Najib menuntut Pua dalam tempoh tujuh hari, untuk berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah selanjutnya atau kenyataan sama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dituntut mengeluarkan permintaan maaf bertulis yang jelas dan terang serta menarik balik kenyataan sama melalui terma yang dipersetujui olehnya sendiri (Najib).

Selain itu, Najib turut menuntut supaya Pua memadamkan klip video itu dan menyatakan jumlah pampasan yang wajar diberikan kepadanya (Najib) berikutan penyiaran kenyataan dan video yang menjejaskan dirinya.

– bhonline

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *