A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / UMNO Tidak Perlukan Individu Seperti Si Kitol – TS Noh

UMNO Tidak Perlukan Individu Seperti Si Kitol – TS Noh

UMNO tidak memerlukan individu berperanan seperti si kitol yang menjadi salah satu punca Kerajaan Melayu Melaka tumbang akibat campur tangan asing suatu ketika dahulu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar meminta pemimpin serta ahli parti yang tidak terpilih menjadi calon pada PilihanRaya Umum ke-14 (PRU14) supaya tidak menjadi si kitol moden sehingga mahu mensabotaj parti.

Beliau berkata ingatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mereka yang tidak tercalon supaya reda dan terus istiqamah dengan perjuangan parti harus direnung dengan mendalam dan difahami semua.

“Siapa tidak terpilih kenalah reda dan terima qada dan qadar. Teruskan perjuangan bersama parti, janganlah berkecil hati sehingga bertindak mensabotaj parti.

“Saya harap jangan ada si Kitol moden muncul berikutan rasa tidak puas hati kerana benda ini tidak mustahil, sebaliknya kita teruslah mendukung dan bersama parti sehingga mencapai kejayaan besar dalam PRU14.

“Janganlah mengikut jejak pembangkang yang sanggup menjadi petualang dan pengkhianat negara sehingga bersekongkol dengan pihak luar untuk mensabotaj ekonomi dan menjemput mereka campur tangan untuk menghancurkan kejayaan yang dicapai hanya kerana mahu merebut kuasa memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong, dekat sini, hari ini. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Semalam Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden meminta pemimpin UMNO yang tidak terpilih menjadi calon pada PRU14 nanti supaya reda dan terus istiqamah dengan perjuangan UMNO.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, jangan terkejut jika ada ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti terpilih jadi calon kerana faktor personaliti yang disukai akan menjadi tunjang utama pemilihan calon PRU14, selain faktor pasti menang.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/300157?m=1

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *