For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Umno Sabah konsisten sokong kepimpinan Najib

Umno Sabah konsisten sokong kepimpinan Najib

Musa Aman

KOTA KINABALU – Umno Sabah dari sejak awal lagi konsisten dengan pendirian memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata pendirian berkenaan lahir daripada komitmen serta kesetiaan kepada perjuangan parti dan taat setia kepada parti perlu hadir bersama kesetiaan kepada pemimpin utama yang telah dipilih secara sah melalui proses demokrasi dalam parti.

“Prinsip kesetiaan ini bukanlah ikrar yang baharu dituntut pada hari ini atau ketika kepimpinan presiden hari ini dipertikaikan, tetapi merupakan legasi adat dan disiplin parti yang memimpin sejarah panjang perjuangan Umno.

“Setiap era kepimpinan berhadapan dengan cabaran dan setiap satunya dapat ditangani dengan hikmah dan bijaksana serta parti berjaya keluar dari kemelut dengan menjadi lebih kuat.

“Antara kebijaksanaan itu adalah tekad dan iltizam para pendokong parti untuk meletakkan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan, meletakkan kepentingan besar parti mengatasi kepentingan peribadi dan kumpulan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan ini, merupakan mandat dan pendirian keseluruhan kepimpinan Umno Bahagian di Sabah yang dikeluarkan selepas perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Umno Sabah, di Bangunan Umno Sabah, di sini hari ini.

Menurut Musa, amat malang sekali apabila kumpulan yang berhajat untuk menjatuhkan perdana menteri sejak dari awal, kini bergabung untuk cuba mengheret rakyat melalui politik kebencian dan perpecahan.

Musa berkata sewajarnya semua pihak berpegang kepada sistem demokrasi negara dan pada masa ini keutamaan perlu diletakkan kepada agenda transformasi negara yang berteraskan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya Umno Sabah tidak akan lari daripada fokus untuk melaksanakan agenda pembangunan rakyat dan negeri sekali gus mengajak rakyat untuk bersama-sama kerajaan dalam agenda dan kepentingan yang lebih besar ini.

“Gerakan kumpulan yang bermotifkan peribadi dan politik kepartian sempit itu yang berselindung di sebalik slogan ‘Selamatkan Malaysia’ hanya akan mengundang perpecahan, ‘politiking keterlaluan’ dan ketidakstabilan politik yang akhirnya hanya akan merugikan rakyat dan negara,” tegas Musa. -Bernama

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *