A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / UMNO pun tidak puas hati – Noh Omar

UMNO pun tidak puas hati – Noh Omar

19 SEPT: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa UMNO turut tidak berpuas hati dengan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Katanya, usul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu  dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dahulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.

TS Noh omar“Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa UMNO mungkin tidak dapat tiga kerusi itu di Ampang,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya kecil di Selangor berikutan usul persempadanan oleh SPR itu.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung perkara itu.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

Ekoran itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mendesak supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja ‘mengubah’ peta negeri itu.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menolak cadangan itu sebaliknya akan mengkaji perkara itu bersama peguam-peguamnya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO akan meneliti usul persempadanan itu dan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 September ini manakala Dewan Tertinggi Barisan Nasional Jumaat ini.

– bnbbc

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *