A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / UMNO-Barisan Nasional bakal tadbir Selangor ?

UMNO-Barisan Nasional bakal tadbir Selangor ?

UMNO-Barisan Nasional akan menang dalam PRU14 di Selangor jika berlaku perpecahan undi calon parti pembangkang yang bertembung kata Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Bagaimanapun Iskandar yang juga ADUN Cempaka mendakwa calon PAS dapat mempertahankan kerusi DUN sedia ada sekalipun berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Saya yakin rakyat faham jika berlaku perpecahan undi maka UMNO-BN akan menang.

“Tetapi rakyat tetap akan memilih PAS jika berlaku tiga penjuru,” kata Iskandar pada Rabu.

Beliau juga mendakwa kaum Cina akan tetap mengundi mereka berdasarkan rekod baik wakil rakyat mereka ketika ini.

Sebelum ini sebuah analisis dalam akhbar harian berbahasa Cina melaporkan bahawa PAS Selangor akan kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN berikutan tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan PAN.

Tambahnya lagi PAS akan tetap bertanding mempertahankan semua kerusi DUN di Selangor sekalipun kerusi yang sama ditanding oleh calon dari PAN.

About Keruing Hitam

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *