A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / UMNO akan berjaya jika bersatu

UMNO akan berjaya jika bersatu

Tengku Adnan

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan anggota parti supaya tidak bersikap seperti ‘ketam dalam bakul’.

Beliau berkata pemimpin atau ahli Umno bersikap seumpama itu, yang sanggup berbuat apa sahaja boleh merosakkan parti berkenaan.

“Dalam Umno, kita hanya akan berjaya jika bersatu. Justeru, kenapa nak runtuhkan institusi yang ada.

“Jangan kita berperangai macam ‘ketam dalam bakul,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat serentak Umno Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Shah Alam di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari dan kepimpinan sayap-sayap Umno bahagian itu.

Tengku Adnan berkata anggota di setiap peringkat sehingga ke akar umbi perlu mengekalkan perpaduan dan mempertahankan parti bagi memastikan Umno terus kukuh. “Kita (ahli dan pemimpin Umno) harus setia dengan pemimpin sedia ada. Kita ada sistem pemilihan dan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memang dipilih menerusi sistem yang ada,” katanya. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *