A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Tun M buat u-turn bila tersedar ramai orang melayu marah.

Tun M buat u-turn bila tersedar ramai orang melayu marah.

MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekaligus menepis dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pada minggu lalu mendakwa MCA pernah meminta jawatan tersebut selepas beliau mengaku tersilap cakap bahawa DAP mahukan kerusi TPM jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.

“Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn,” ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut.

Rabu lalu Dr Mahathir mengesahkan DAP ada meminta jawatan TPM jika pembangkang menang pada pilihan raya kali ini.

Keesokkan harinya, Dr Mahathir buat u-turn pula di blognya dan berkata beliau sebenarnya memaksudkan MCA yang pernah meminta jawatan TPM bukannya DAP.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kemudiannya menyanggah tuduhan Dr Mahathir dengan menimbulkan persoalan, bagaimana parti itu tergamak meminta jawatan TPM selepas prestasi mereka jatuh merudum pada PRU13?

“Pada 2008, MCA daripada 31 kerusi jatuh menjunam kepada 15 kerusi sahaja.

“Takkan ketika waktu itu kita minta (jawatan),” katanya sambil menyifatkan dakwaan Dr Mahathir itu sebagai tidak masuk akal,” soal Wee kepada Antarapos.

Ka Siong juga kemudiannya berkata, jika ada suara akar umbi yang mahukan MCA menuntut jawatan TPM, itu sekadar hasrat ahli-ahli dan bukanlah pendirian rasmi daripada partinya.

Berbeza dengan DAP, Wee berkata hasrat untuk memohon jawatan TPM itu diajukan sendiri oleh Lim Kit Siang, yang merupakan kepimpinan tertinggi parti itu kepada Dr Mahathir.

“Beliau (Dr Mahathir) sendiri yang kata Kit Siang minta. Itu yang minta. Mana ada pemimpin MCA, seperti Presiden atau pucuk pimpinan parti kata kita hendak jawatan itu secara tuntutan rasmi. Tidak ada.

“Kalau sebut-sebut di perhimpunan ‘jika boleh kita mahu jawatan itu (TPM)’, itu lain. Suara-suara itu biasalah di perhimpunan sana, sini. Contohnya mahu jawatan Menteri Pengangkutan dipulangkan. Itu biasa ada cakap,” jelasnya

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *