A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Tun M bersekongkol dengan pembangkang jatuhkan PM untungkan DAP

Tun M bersekongkol dengan pembangkang jatuhkan PM untungkan DAP

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya memberi keuntungan kepada DAP.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar ini kerana DAP tahu yang kekuatan orang Melayu adalah perpaduan dan kini adalah masanya untuk parti rasis itu memecah belahkan UMNO setelah PAS berjaya dipecahkannya sehingga wujudnya parti serpihan AMANAH.

“Bila Tun M bersekongkol dengan pembangkang, DAP yang untung, ia ibarat seperti orang mengantuk disorongkan bantal, DAP yang berjaya, sebab mereka hanya nak pecah belahkan PAS dan UMNO.

“Kalau macam PKR pula, matlamat mereka adalah nak bebaskan Anwar, mereka nak Tun M kata yang Anwar tak bersalah, mereka sampai pergi dengar dan terima pandangan human right yang kata Anwar ni tahanan politik, sebab itu mereka pergi pasang billboard di Selangor.

“Jadi apa yang mereka nampak ialah orang yang boleh mempengaruhi tentang perkara ini adalah Tun M, bermakna Tun M adalah orang yang paling rugi bila dia pergi menyertai pembangkang sebenarnya,” katanya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Program Rakan Maritim di Telok Gong, Klang Selangor.

AsxF9-dkRG95-Li3QD8Rg_UJGSchO6u4c3GiY9NnB9viTambahnya, pembangkang sebenarnya tidak hairan dengan matlamat yang dibawa Tun Mahathir menerusi Deklarasi Rakyat kerana apa yang diinginkan parti gabungan PKR, DAP dan AMANAH itu bukan setakat menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah terus menukar kerajaan.

“Hari ini kita buat program keselamatan supaya tidak lagi dicerobohi kuasa asing tapi amat menyedihkan apabila bekas perdana menteri kita yang pernah cakap jangan percaya dengan kuasa asing, dia pula yang tak ikut apa dia kata hanya kerana kepentingan peribadi,” tambahnya.

Tun Mahathir mula terjerat dalam perangkap sendiri apabila dilihat beliau sebelum ini cuba memperalat pembangkang untuk menghalalkan matlamatnya iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, namun kini beliau pula diarah pembangkang supaya mantan perdana menteri itu menyatakan sokongan terhadap pembebasan Anwar.

Ia jelas apabila salah seorang hadirin yang hadir malam tadi dalam program laporan PAC 1MDB, Najib-Bersubahat atau Tidak Bersalah meminta Tun Mahathir menjelaskan pendirian beliau di hadapan semua yang hadir bahawa Deklarasi Rakyat yang digerakkan beliau bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) akan turut memperjuangkan pembebasan Anwar.

AsCDd8Pab0mEw1JU6XpJF5X0ljhWBUlAAanHsX6jolTABagaimanapun, Tun Mahathir enggan memberi persetujuan menyokong pembebasan Anwar seperti yang dituntut Pakatan Harapan.

Malah mantan Perdana Menteri itu berkata permuafakatan beliau dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat tidak harus di belenggu dengan ‘hendak itu dan hendak ini’.

Aq9wP085GZjMuu2ceMh5OjjeHHtcWE_DHnsTGOgfMPA0

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *