Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Tukar Sahaja Slogan Kepada “Pembuli Rakyat”

Tukar Sahaja Slogan Kepada “Pembuli Rakyat”

Cakap tak serupa bikin!!

Itulah gambaran sewajarnya diberikan kepada Kerajaan pimpinan PKR di Selangor apabila memendekkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor penggal kelima yang hanya berlangsung dua hari sahaja.

Tidak seperti slogan yang sering dilaungkan ‘peduli rakyat’.

Tindakan itu dikecam ADUN Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz seolah-olah menggambarkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkomplot dengan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh kerana menamatkan Persidangan DUN terlalu awal sehinggakan pelbagai isu tidak dapat dibangkitkan di Dewan Negeri.

“Saya percaya ia sudah dirancang oleh Menteri Besar dan Speaker kerana nak menutup sebarang lompang-lompang kelemahan yang mendedahkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri. Ini adalah taktik yang tidak menguntungkan rakyat Selangor.

“Ini menggambarkan bahawa perihal nasib rakyat dan negeri ini tidak penting dan slogan peduli rakyat hanyalah retorik untuk menggaburi mata rakyat Selangor semata-mata,” katanya ketika dihubungi sebuah portal berita, pada Rabu.

Apa yang dikesalkan, menurut Johan, Persidangan DUN Selangor yang dijangka berlangsung 10 hari itu hanya berlangsung selama 2 hari dan hanya menjawab 36 soalan daripada 297 soalan yang diperuntukkan.

“Berlangsung hanya dua hari, saya sendiri mempunyai 20 soalan, 10 soalan lisan dan 10 bertulis yang langsung tidak dapat didengari di Dewan Negeri.

“Sepatutnya 297 soalan dikemukakan di Dewan Negeri, ini 36 soalan sahaja dijawab, jelas di sini Azmin takut dan sentiasa dibayangi dengan kelemahannya mentadbir kerajaan negeri.

“Jadi macam mana masalah dan isu yang terdapat di Selangor ini dapat dicari jalan penyelesaian jika wakil rakyat tidak dapat membawanya ke Dewan Negeri,” jelas Johan yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.

Justeru itu, Johan menyelar Azmin untuk menukarkan slogan kerajaan negeri, peduli rakyat kepada ‘pembuli rakyat’.

“Janganlah lagi sibuk mencanangkan slogan peduli rakyat kerana terbukti kerajaan negeri tidak serius dan memandang enteng masalah dan nasib rakyat negeri ini.

“Alangkah lebih baik ia ditukar kepada pembuli rakyat kerana itu memang selayaknya digunakan oleh Azmin pada slogan kerajaannya,”selarnya lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *