Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Tuduhan Semberono Azmin Tak Masuk Akal

Tuduhan Semberono Azmin Tak Masuk Akal

Polis masih lagi melakukan siasatan tapi banyak mulut dah mula memekak.

Apa yang berlaku dalam forum Nothing to Hide 2.0 sewajarnya dikutuk kerana berlaku perkara yang tidak sepatutnya iaitu dengan membaling suar, melontar kerusi dan melempar selipar.

Namun adalah tidak wajar untuk menunding jari menyalahkan pihak yang langsung tiada kaitan seperti mana yang didakwa Menteri Besar Selangor.

Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi keganasan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali.

“Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar.

“Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut,” kata beliau dalam kenyataan media.

Tidak seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengeluarkan kenyataan lebih kepada umum dan tidak menunding jari kepada mana-mana pihak sambil menyifatkan kejadian tersebut tidak boleh dipertahankan.

“Apa yang terjadi pada #Nothing2Hide mesti dikutuk dan tidak boleh dipertahankan. Harap pihak polis akan menangkap mereka yang bertanggungjawab,” kata beliau di Twitter, merujuk forum tersebut dalam hashtag.

Pada forum tersebut kira-kira 5.30 petang, berlaku kekecohan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam mula tercetus apabila individu berkenaan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Mahathir bersabit peristiwa Memali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Serentak dengan itu, beberapa peserta lain bertindak membaling kerusi dan botol air serta menyalakan suar, memaksa mereka yang hadir bertempiaran lari keluar daripada dewan.

Malah berlaku pergelutan di kalangan penyokong PH dengan peserta yang tidak berpuas hati itu.

Ketika insiden itu berlaku, Dr Mahathir dilihat diselamatkan penganjur program berkenaan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Berikutan itu, forum itu terpaksa dihentikan buat seketika, sementara menunggu keadaan reda.

Antara pemimpin PH yang hadir, Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, serta pimpinan Pakatan pembangkang lain.

Julai lalu, Dr Mahathir mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke forum berkenaan untuk menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka berdua.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *