A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Tiada Perundingan Antara PKR Dan PAS – Saifuddin Nasution

Tiada Perundingan Antara PKR Dan PAS – Saifuddin Nasution

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan dengan keras partinya ada mengadakan perbincangan dengan PAS, susulan pendedahan Datuk Seri Azmin Ali pada Sabtu lepas yang mendakwa PKR menyetujui rundingannya dengan parti itu.

Saifuddin berkata perbincangan pembahagian kerusi buat masa ini hanyalah melibatkan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, Amanah dan PPBM.

“Pertemuan itu pertemuan dibuat pimpinan tertentu dalam PKR. Tetapi tidak sampai berunding kerusi. Saya cuma mengesahkan tidak ada perbincangan kerusi antara PKR dan PAS lagi.

“Perbincangan kerusi hanya berlaku dalam parti PH. Saya terlibat sepenuhnya. Sekarang hampir setiap hari kita buat mesyuarat. Kalau ada pimpinan tertentu bertemu PAS, itu saya tak nak komen, mereka boleh komen sendiri,” katanya kepada FMT.

Pada Sabtu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya bukan inisiatif peribadi saya. Rundingan itu keputusan PKR. Saya mewakili parti,” kata Azmin, yang menyifatkan perbincangan dengan PAS sebagai “tidak rasmi” dan hanya melibatkan PKR dan PAS.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan keluar daripada Biro Politik PKR, badan tertinggi yang memutuskan hala tuju parti itu.

Dua minggu lepas, Azmin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua parti itu pada Mei lalu secara rasmi menamatkan kerjasama selama 2 dekad, selepas PAS menuduh PKR melanggar syarat “tahaluf siyasi”.

Saifuddin hari ini enggan mengulas lanjut dakwaan Azmin beliau berjumpa pemimpin PAS mewakili partinya.

Sebaliknya, beliau berkata Azmin boleh berjumpa sesiapa sahaja dengan jawatan yang ada dalam PKR.

“Dia timbalan presiden, maknanya pada kedudukan itu, boleh jumpa dengan siapa pun,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *