A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Tiada isu pembahagian kerusi – Wan Azizah

Tiada isu pembahagian kerusi – Wan Azizah

11 OGOS : Ketua pembangkang menyifatkan tidak ada masalah dalam isu pembahagian kerusi walaupun parti baharu, PRIBUMI menyertai mereka dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN.

Jelas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pandangan itu dibuat berdasarkan jumlah parti komponen BN yang lebih banyak iaitu 14 parti sekaligus tidak menjadi masalah buat pembangkang yang hanya ada lima parti pembangkang sahaja untuk diuruskan.

“Kalau nak dibandingkan, BN ada 14 parti gabungan bersama dan mereka tidak ada masalah, kita dulunya ada barisan alternatif dan nak buat logo bersama tapi RoS tak luluskan, jadi pada saya ia tidak menjadi masalah kerana agenda kita adalah tetap nak tumbangkan kerajaan, melawan korupsi dan ketidakadilan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran kuih bulan reformasi PKR di ibu pejabatnya, Khamis.

Dalam sidang media yang sama juga, Presiden PKR itu turut menyatakan yang parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PRIBUMI sebagai langkah untuk mencapai hasrat menumbangkan kerajaan.

“Memang kita lihat dalam persada politik, BN adalah kuasa yang memegang teraju kerajaan sejak merdeka, jadi kalau ada apa-apa perubahan kita mesti bersatu,” ujarnya.

Menjawab pula mengenai ramalan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan dengan lebih awal, Wan Azizah turut menjelaskan yang pihaknya sudah bersedia untuk itu.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *