A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Teringin jadi calon PRU14, sertailah Pribumi

Teringin jadi calon PRU14, sertailah Pribumi

Idris haron

11 OGOS : Ahli UMNO di Melaka dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran untuk menjadi calon oleh parti serpihan, PRIBUMI, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada ahli UMNO yang mungkin termakan dengan janji diberikan peluang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada kemahuan yang tinggi dalam kalangan ahli UMNO (untuk menjadi calon), lebih-lebih lagi ada yang mengatakan jika pindah ke parti baharu ini akan mudah menjadi calon.

“Itu semua tarikan palsu dan buatlah perbandingan antara kaca dan permata. Kalau yang pindah tu memilih kaca, (dan) siapa yang kekal (dalam UMNO) itu sebenarnya dia tahu ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di pejabatnya di Seri Negeri pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata parti yang ditubuhkan atas rasa kekecewaan tidak akan mampu bertahan lama seperti UMNO.

Ini kerana, katanya, UMNO adalah parti yang ditubuhkan hasil keringat nenek moyang terdahulu secara ikhlas untuk memerdekakan negara daripada penjajah.

“Sejarah sudah membuktikan, parti yang ditubuhkan atas dasar dendam, hasad, dengki dan perkara keji tidak akan bertahan, apatah lagi untuk menyaingi UMNO.

“Bukan tujuan saya hendak riak dan takbur, tetapi ia adalah kebenaran yang sudah terbukti sejak merdeka,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *