A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Terima Kasih PM – MB Kelantan.

Terima Kasih PM – MB Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disebabkan banyak membantu membawa pembangunan serta pelaburan di negeri ini.

Beliau juga mengharapkan kerjasama lebih erat antara kerajaan PAS Kelantan dan Pusat demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob rakam ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri.

“Keprihatinan Perdana Menteri kepada rakyat Kelantan dengan adanya Pusat Tranformasi Bandar (UTC) ini dapat memudahkan urusan mereka berurusan dengan pelbagai agensi di bawah satu bumbung,” kata ADUN Pasir Pekan.

“Justeru itu, saya mewakili rakyat negeri mengucapkan terima kasih kepada beliau,” kata Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian UTC Kelantan pada Ahad.

Ahmad berkata dengan kemudahan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di UTC, ia akan menjimatkan masa, wang dan tenaga komuniti bandar di negeri ini untuk menyelesaikan urusan dalam satu bangunan.

Nilai transaksi urusan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kelantan mencecah RM33.5 juta sejak memulakan operasi Oktober tahun lepas.

Kata Menteri Besar Kelantan perangkaan itu menunjukkan kewujudan UTC di negeri ini di Plaza Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan berada di landasan yang betul sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Sebelum itu, Najib menegaskan bahawa Kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan konsep mendera rakyat Kelantan seperti mana yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri yang tidak didedahkan identiti.

Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk rakyat dan menggunakan pendekatan berbeza untuk mentadbir negara dengan seadilnya.

– bnbbc

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *