For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Terdapat Keraguan Penyelesaian Kontrak Unisel, Jana Niaga – Pemuda UMNO

Terdapat Keraguan Penyelesaian Kontrak Unisel, Jana Niaga – Pemuda UMNO

Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya mendakwa terdapat banyak keraguan berhubung proses pembayaran oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) kepada Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) bagi penyelesaian tunggakan Universiti Selangor (Unisel).

Ketuanya, Maisham Maarof berkata, berdasarkan dokumen pembayaran yang didedahkan sebuah laman sesawang Selangor-Leaks.com, pihaknya mendapati ada keraguan yang menjurus ke arah penyalahgunaan kuasa.

Menurut beliau, laman sesawang itu mendedahkan MBI telah membuat bayaran sebanyak RM10 juta kepada JNSB pada 9 Mac 2015 dan RM6 juta lagi pada 24 Jun 2016.

“Bayaran itu dibuat kononnya atas sebab-sebab penyelesaian tunggakan hutang Unisel. Ini jelas meragukan,” katanya kepada media di pekarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam di sini, hari ini.

Beliau bersama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) Selangor hadir ke pejabat SPRM untuk membuat laporan ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelas Maisham, Pemuda UMNO merasakan ragu atas pembayaran itu kerana perjanjian antara JNSB dan Unisel telah ditamatkan oleh universiti itu pada September dan November 2013 kerana JNSB telah melanggar terma penting perjanjian antara keduanya.

“Unisel membatalkan perjanjian itu berikutan wujud kecacatan dalam pembinaan bangunan asrama oleh JNSB sehingga membahayakan keselamatan pelajar Unisel.

“JNSB juga enggan memperbaiki kecacatan bangunan itu walaupun diminta berulang kali oleh pengurusan Unisel.

“Akibatnya, Unisel terpaksa menanggung kos dan perbelanjaan untuk memperbaiki kecacatan bangunan (asrama) tersebut yang berjumlah kira-kira RM60 juta,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perjanjian antara Unisel dengan JNSB, syarikat itu perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan dan kos yang ditanggung berjumlah RM60, tetapi ia tidak dipatuhi syarikat berkenaan.

Malah, ujar beliau, JNSB yang membuat tuntutan terhadap Unisel walaupun perjanjian itu telah ditamatkan.

“Unisel turut menafikan pihaknya berhutang apa-apa kepada JNSB. Bahkan, peguam Unisel juga telah menasihatkan kes Unisel terhadap JNSB adalah kukuh dan pihak universiti itu tidak perlu membayar kepada JNSB.

“Justeru, tidak ada apa-apa sebab munasabah mengapa MBI perlu membayar tunggakan kepada JNSB, memandangkan JSNB berhutang sebanyak RM60 juta kepada Unisel,” katanya.

Maisham juga mendakwa, bayaran itu dikatakan amat meragukan kerana ia dibuat tanpa persetujuan Presiden dan Naib Presiden Unisel.

“Tambahan lagi, agak tidak masuk akal apabila MBI mahu Unisel menerima JNSB sebagai syarikat konsesi yang menguruskan penyelenggaraan di universiti itu dengan Unisel perlu membayar berjuta ringgit kepada JNSB di bawah kontrak penyelenggaraan yang baharu.

“Ini adalah amat tidak masuk akal sekali kerana JNSB tidak menunaikan tanggungjawabnya di bawah perjanjian sebelum ini dan masih lagi berhutang RM60 juta kepada Unisel,” ujar beliau yang mengesyaki wujud unsur subahat pihak tertentu dalam kes itu.

sumber

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *