A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Tak Perlu Halang Pesta Arak – DAP Selangor

Tak Perlu Halang Pesta Arak – DAP Selangor

DAP Selangor mengatakan penganjuran pesta arak pada Oktober depan tidak perlu dihalang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dan terdiri daripada masyarakat majmuk.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, mereka menghormati tindakan Pas yang menentang penganjuran pesta tersebut tetapi menegaskan aktiviti tersebut tidak melanggar undang-undang dan boleh diteruskan.

“Ini satu demokrasi jadi semua orang ada kebebasan untuk menentang tetapi orang lain juga ada kebebasan untuk menguruskan yang tidak menyalahi undang-undang.

“Jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang Pas sahaja, ramai orang bukan Pas dan majoriti lebih pada orang bukan Pas,” beliau dipetik berkata.

Chang Kim yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor juga berkata, pihak penganjur boleh meneruskan pesta tersebut dan tidak perlu menghiraukan tentangan Pas.

“Dia boleh teruskan protes dan kita boleh teruskan dengan aktiviti,” katanya.

Pas sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengadakan protes terhadap penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual di ibu negara pada 6 Oktober depan.

Ini bukanlah kali pertama Pas membantah acara seumpama itu. Pada 2014, parti itu lantang membantah penganjuran pesta ‘Octoberfest’. – MalaysiaGazette

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *