A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Tak Payah Pergi Pekan, Tanjong Karang Sedia Menunggu – Sindir Noh Omar

Tak Payah Pergi Pekan, Tanjong Karang Sedia Menunggu – Sindir Noh Omar

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar supaya bertanding di Parlimen Tanjong Karang pada PRU14 sekiranya Timbalan Presiden PKR itu mahu ‘lari’ dari kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya ketika ini.

Cabaran itu dikemukakan secara sinis oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar selepas Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu pada Rabu lalu menyatakan minatnya untuk bertanding di Parlimen Pekan yang ketika disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Buat apa (Azmin) nak pergi jauh bertanding di Parlimen Pekan, mengapa tidak bertanding di Parlimen Tanjong Karang…dia kan Menteri Besar di Selangor…saya ucap selamat datang kepada dia.

“Kalau tak ada tempat nak bertanding, datang saja ke Tanjong Karang…tak payah pening-pening nak fikir. Saya sedia tunggu (lawan) dia di Tanjong Karang,” kata Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Wad 2 Hospital Tanjong Karang yang terbakar semalam.

Kelmarin, Azmin mengeluarkan kenyataan berminat untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan sebagai menafikan desas-desus kononnya beliau berpindah kerusi dari Parlimen Gombak ke Parlimen Ampang.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan akan bertanding di Parlimen Ampang manakala penyandang kerusi itu yang juga Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin pula akan bertanding kerusi Parlimen Pandan pada PRU14.

Percaturan itu dipercayai ada kaitan dengan prestasi Zuraidah yang merudum dan tidak disenangi di kalangan pengundi Ampang.

Menurut sumber pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu bagaimanapun masih di peringkat perbincangan di kalangan pemimpin PKR, terutama dalam ‘kem’ Azmin.

Dalam perkembangan lain, Noh turut memuji tindakan pantas kakitangan Hospital Tanjong Karang yang berjaya menyelamatkan para pesakit di hospital itu selepas Wad 2 yang menempatkan pesakit wanita terbakar pagi semalam akibat kerosakan kipas.

“Saya akui bahawa kakitangan Hospital Tanjong Karang telah dilatih dengan baik bagaimana berhadapan dengan situasi kecemasan termasuklah pencegahan kebakaran.

“Saya rasa inilah hasil kejayaan yang kita perolehi melalui latihan pencegahan kebakaran yang dijalankan oleh pihak hospital dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat dua kali setahun selama ini,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Hospital Tanjong Karang hari ini.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *