AHLI PARLIMENNYA, RAFIZI RAMLI YANG TERKENAL DAN GLAMOUR… ADUNNYA PULA EXCO PERUMAHAN SELANGOR TAPI ORANG SUSAH, PEMUDA UMNO PANDAN JUGA YANG DATANG MEMBANTU!!!
Isu warga emas terabai & sebagai respon terhadap siaran akhbar terkini hari ini berkaitan warga emas lumpuh Puan Che Nab Bt Mat Zain yang tinggal di Hata Square,Pandan Mewah susulan kisah yang diviralkan seorang individu beberapa hari lepas,bagi mengelak salah tanggapan masyarakat seolah-olah ia kes baru & tidak mendapat tindakan daripada masyarakat setempat & agensi-agensi berkaitan,saya ingin menjelaskan tindakan penyelesaian yang telah diambil sejak fail kes ini dibuka 23 Mei 2015 dibawah klasifikasi ‘pengabaian warga emas’.
Bantuan bulanan yang didapatkan ;
Bantuan sewa rumah bulanan Lembaga Zakat Selangor RM600.
Bantuan wang tunai untuk keperluan harian Lembaga Zakat Selangor RM250.
Bantuan bulanan PERKESO RM570
Bantuan bulanan BaitulMal RM200.
Jumlah keseluruhan bantuan bulanan RM1’620
Tidak termasuk bantuan hutang perubatan Lembaga Zakat Selangor,bantuan JKM,BR1M serta lain-lain sumbangan semasa.
Pegawai-pegawai agensi yang telah bertindak ;
Bantuan Hutang Perubatan LZS – Ustaz Imtiaz
Bantuan Sewa Rumah Bulanan LZS – Ustaz Imtiaz
Bantuan Tunai Keperluan Bulanan – Ustaz Imtiaz
Bantuan OKU,Penjagaan warga Emas dll oleh JKM hulu Langat – En.Affendi.
Rawatan Dialisis & Pemantauan Kesihatan oleh Hospital Ampang – Dr.Muhammad Syafik.
Jesteru itu,pihak saya berharap masyarakat yang prihatin tidak prejudis dalam memberi justifikasi berkaitan protokol tindakan yang telah diambil oleh NGO setempat & agensi-agensi kerajaan dalam membela kehidupan masyarakat.
Mohd Fauzi Bin Mohd Hanif,
Pengerusi,
Kelab Kebajikan & Sosial Pandan Mewah.
12 Ogos 2016.