For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Agama / Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi

“Memahami dan Melaksana “Tahaluf Siyasi” dalam Mengangkat Martabat Ummah dan Negara”

Tahaluf Siyasi merupakan satu strategi politik ISLAM. Terdapat pelbagai istilah konvensional dilihat mempunyai persamaan dengan tahaluf siyasi seperti diplomasi politik, kompromi politik, kerjasama politik, pakatan politik dan integrasi politik.

Kebelakangan ini “Tahaluf Siyasi” amat gemar diguna pakai oleh DAP bagi memerangkap saudara seISLAM kita dan kumpulan parti politik agar bersama DAP bagi mencapai matlamat mereka menguasai Putrajaya.

Pada awalnya parti PAS telah dikaburkan dengan perwatakan DAP yang dilihat adil, bersih dan boleh dijadikan sandaran, sahabat utama dan pemimpin dalam menjatuhkan parti UMNO.

Begitu banyak sekali hujah yang dikeluarkan bagi membenarkan “Tahaluf Siyasi” ini. Sebagai orang ISLAM, kita semua berkeyakinan, “manusia merancang dan ALLAH yang menentukan kejayaan atau sebaliknya”. Dan akhirnya ALLAH menunjukkan kekuasaNYA bahawa kemenangan dalam PRU lepas adalah milik UMNO dan bukannya milik pembangkang.

Amaran ALLAH berkenaan kesalahan kaedah perbuatan “Tahaluf Siayasi” ini dapat dilihat melalui kitabNYA pada surah Al-Imran ayat 28.

Perbuatan PAS yang menyalah gunakan dalil kebenaran “Tahaluf Siyasi” dan “memadamkan” larangan ALLAH berkenaan kaedah “Tahaluf Siyasi” yang sebenar, akhirnya mengundang padah. Ini dapat dilihat apabila kemenangan mereka semakin merosot dalam pru13 dan bukan setakat itu, parti DAP yang amat disayangi, dipuja dan amat dipertahankan oleh PAS sebelum ini telah bertindak mengkhianati PAS dan berjaya mempengaruhi “Fighter PAS” supaya keluar dari PAS dan menubuhkan parti Amanah Negara (PAN) agar mereka (PAN) ini mudah dieksploitasi oleh DAP, sebagai salah satu persediaan menghadapi pru14 nanti.

Malah apa yang lebih memeranjatkan, mantan Setiuasaha Agung PAS, MP Tumpat iaitu Dato’ Haji Kamaruddin Jaafar telah bertindak melompat ke parti Keadilan Rakyat.

Mutakhir ini jelas kepada kita semua bahawa “Kebenaran Yang Digelapkan Dan Tindakan Berdasar Hawa Nafsu”, menjadi amalan sebahagian pemimpin Melayu beragama Islam.

ISLAM tidak pernah menghalang “Tahaluf Siyasi”, dan perbuatan ini hendaklah melalui kaedah yang diterangkan oleh agama dan dihuraikan oleh ulama dan bukannya dilakukan secara semborono mengikut nafsu!

Apa yang dilakukan oleh PAS dan diteruskan oleh parti serpihannya iaitu PAN bukanlah “Tahaluf Siyasi”. Ianya hanyalah “DEMOKRASI PEMUAFAKATAN” yang dibuat hanya untuk menumbangkan UMNO dan menguasai Putrajaya sahaja.

Berbeza dengan “Tahaluf Siyasi”, kerjasama ini ialah bertujuan untuk mengembangkan dakwah Islam, membentuk kekuatan umat Islam, mejamin keselamatan umat Islam dan membina sikap perikemanusiaan umat Islam. Melalui perkembangan dan kejadian yang berlaku antara PAS, PKR dan DAP baru baru ini jelas menunjukkan bahawa “Tahaluf Siyasi” telah disalahgunakan sepenuhnya oleh kumpulan pembangkang kerana kesefahaman dan reaksi serta tindak tanduk mereka yang dizahirkan oleh pembangkang amat jauh dari maksud sebenar “Tahaluf Siyasi”.

Dalil Salah Guna Tahaluf Siyasi;

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi auliya/wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan ALLAH kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan ALLAH memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada ALLAH kembali (mu)” (QS. Al Imran: 28)

Ibnu Abbas radhiallahu’anhu Subhanahu Wata’ala melarang kaum mu’minin untuk menjadikan orang kafir sebagai walijah (orang dekat, orang kepercayaan) padahal ada orang mu’min… (Tafsir Ath Thabari, 6825).

Dalil ini sudah cukup bagi kita semua untuk berpegang dan yakin bahawa perbuatan PAS sebelum ini dan PAN ketika ini serta ahli PKR dan DAP yang beragama ISLAM menjadikan kepimpinan DAP yang memperjuangkan ideology Sekular Pragmatik dan meminggirkan kumpulan mukmin yang lain yakni UMNO adalah salah sama sekali.

Malah apabila sesiapa yang tetap melanggar perintah ALLAH pada ayat ini, tidak akan mendapat pertolongan ALLAH sepertimana yang berlaku kepada PAS dalam pru13. Apa yang lebih menggerunkan apabila perbuatan menjadikan kepimpinan DAP yang secara terang terang memusuhi ISLAM boleh mengakibatkan diri kita termasuk dalam kumpulan munafik ia dijelaskan dalam surah An Nisa ayat 139. Tahaluf Siyasi UMNO dan PAS Mengikut Kaedah ASWJ. Di Persidangan Agung UMNO 2015 baru baru ini, presiden dan perdana menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib Razak secara terbuka telah mengajak PAS untuk bekerjasama dengan parti kita atas dasar membina Malaysia di atas syariat ISLAM. Pelbagai reaksi diberi diatas niat murni PM kita. Malah ada kata kata sinis yang menghina niat DSN. Jika sebelum ini ramai yang salah faham bahawa UMNO adalah parti sekular kerana memperjuangkan “BANGSA MELAYU” dan dikaitkan dengan “ASYOBIYAH” yang amat dilarang oleh ISLAM. Larangan ASYOBIYAH itu hanya terjadi jika kita memperjuang dan mencintai bangsa sendiri dan menzalimi serta menggunakan bangsa lain untuk kesenangan bangsa kita seperti yang diamalkan oleh Bangsa Israel terhadap penduduk Palestine.

Malah perbuatan mencintai bangsa juga diamalkan oleh baginda nabi Muhammad SAW melalui hadis baginda Sabda Rasulullah SAW :
.
“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke arah asyobiyah , bukan dari kalangan kami orang yang berjuang atas dasar asyobiyah ,dan bukan dari kalangan kami orang yang mati atas dasar asyobiyah.

Para sahabat bertanya :” Apakah yang dinamakan assobiyah itu wahai RasuluLLAH ?” Jawab RasuluLLAH SAW ;”Kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman .”

Yakni walaupun dia zalim kamu menolong dan memihak kepadanya.

TIDAK menjadi SALAH seseorang yang kasih kepada kaum bangsanya, kerana Rasulullah SAW juga KASIH kepada keluarga dan bangsanya.

Jika kita soroti dasar perlembagaan UMNO, tiada satu pun ayat yang memperlihatkan bahawa perjuangan UMNO untuk melakukan kezaliman dan menindas bangsa lain bagi ketuanan MELAYU. Jadi dimana kesalahan dasar UMNO jika penubuhannya selar dengan hadis baginda nabi Muhammad SAW?

Malah apa yang WAJIB kita ketahui dalam perlembaaan UMNO di dalam Perkara 3 (3) jelas menyatakan bahawa asas penubuhan UMNO untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama Persekutuan iaini agama negara. Peruntukan ini sebenarnya sudah lebih dari mencukupi bagi menggambarkan komitmen parti kita untuk melaksanakan syiar ISLAM.

Ketika berucap di PAU 2015 baru baru ini, DSN telah menyatakan bahawa beliau berikrar dan berjanji akan memberikan sepenuh komitmen untuk mengembang dan mempertinggi syiar Islam di Malaysia, barulah sebuah negara Islam yang digelar baldatun tayyibatun warabbun ghafur akan terbangun di Malaysia.

Melalui kenyataan DSN sebagai pemimpin kita, amat la wajar setiap ahli PAS, PKR, DAP dan penyokong mereka yang beragama ISLAM bersama sama untuk menyokong apa apa usaha “Tahaluf Siyasi” yang disarankan oleh PM DSN. Kerana saranan beliau lebih menepati kehendak agama berbanding “Demokrasi Permuafakatan” dengan DAP dan PKR dan kita WAJIB berpegang apa apa tindakan umat ISLAM yang bersalahan dengan larangan ALLAH pada surah al Imran ayat 28 pasti akan mendapat balasan pada surah dan ayat yang sama malah akan termasuk dalam kalangan orang munafik sepertimana dalil yang terdapat pada surah an Nisa ayat 139.

Jelaslah bahawa UMNO dan Kerajaan BN lah yang benar dan kerajaan yg berwibawa dan bertanggungjawab…

Wallahualam.

Salam Perjuangan,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang

“Memahami dan Melaksana “Tahaluf Siyasi” dalam Mengangkat Martabat Ummah dan Negara” Tahaluf Siyasi merupakan satu strategi politik ISLAM. Terdapat pelbagai istilah konvensional dilihat mempunyai persamaan dengan tahaluf siyasi seperti diplomasi politik, kompromi politik, kerjasama politik, pakatan politik dan integrasi politik. Kebelakangan ini “Tahaluf Siyasi” amat gemar diguna pakai oleh DAP bagi memerangkap saudara seISLAM kita dan kumpulan parti politik agar bersama DAP bagi mencapai matlamat mereka menguasai Putrajaya. Pada awalnya parti PAS telah dikaburkan dengan perwatakan DAP yang dilihat adil, bersih dan boleh dijadikan sandaran, sahabat utama dan pemimpin dalam menjatuhkan parti UMNO. Begitu banyak sekali hujah yang dikeluarkan bagi…

THE BREAKDOWN

DESIGN
DISPLAY
RECEPTION / CALL QUALITY
PERFORMANCE
SOFTWARE
BATTERY LIFE
ECOSYSTEM

Nice

Look, I can take you as far as Anchorhead. You can get a transport there to Mos Eisley or wherever you're going.

Buy it now
User Rating: 4.18 ( 9 votes)

About admin

Check Also

MEMASANG KEPOK DAN MEMBALUT BATU NISAN, HARAM?

Oleh : Saufy Jauhary. Jika anda datang ke Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, anda akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *