For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Tahaluf Siyasi PAS-PKR Tinggal Nyawa Ikan

Tahaluf Siyasi PAS-PKR Tinggal Nyawa Ikan

Keputusan Dewan Ulama PAS Pusat menerima sebulat suara usul supaya parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sudah tentu semakin menggusarkan PKR.

Ini kerana di dalam PAS, Dewan Ulama mempunyai pengaruh besar dalam membuat keputusan selain Masjlis Syura Ulamak parti yang mempunyai kata pemutus.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata usul itu akan di bawa ke Muktamar Agung Tahunan PAS ke 63, di Alor Setar  Sabtu ini untuk dibahaskan.

Usul yang diterima oleh Dewan Ulama menyebut:

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat Tahaluf Siyasi dengan PAS maka Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada 27hb April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar Tahaluf Siyasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan PAS.”

Khairuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul, berkata usul itu dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan dan mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.

Bukan rahsia lagi, hubungan PKR dengan PAS semakin dingin setelah parti Islam itu membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan DAP ketika ketiga-tiga parti itu di dalam Pakatan Rakyat.

Suara beberapa pemimpin PKR yang menghentam PAS juga memburukkan keadaan walaupun Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilihat cuba bermain tarik tali dengan PAS.

Sebenarnya saat luka PAS bermula apabila PKR ‘mencuri’ dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor ketika agenda mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi menteri besar.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa kali menyebut mengenai tindakan mengkhianati oleh PKR yang menerima sokongan Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin ketika krisis tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka akhirnya menyertai PAN.

Sejak PKR, DAP dan PAN menubuhkan Pakatan Harapan (PH), PAS semakin merenggang daripada PKR.

Hubungan yang ada bertahan semata-mata kerana kerajaan PR Selangor masih ditadbir PKR, DAP dan PAS.

Namun, difahamkan, tali kerjasama PKR dan PAS hampir putus apabila PKR dilihat tidak memberi sokongan kepada Hadi yang membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat awal April lalu.

Apa yang pasti, PAS mungkin tidak mahu menoleh ke belakang dan bersedia menentang PKR jika kedua-dua parti memilih kerusi yang sama bagi menentang Barisan Nasional pada PRU 14.

Paling terkesan jika berlaku ‘perpisahan’ PAS-PKR sudah tentu Azmin yang sedar parti Islam itu banyak membantunya bagi membolehkan beliau berada di jawatan menteri besar sekarang.

Atau mungkin juga PKR mahu menguatkan PH dengan lari daripada bayang-bayang PAS semata-mata mahu menyenangkan hati sekutu mereka iaitu DAP dan PAN yang dianggap PAS sebagai pengkhianat.

Sudah tentu keputusan Muktamar PAS pada Sabtu serta suara Majlis Syura Ulamak dinanti pelbagai pihak dengan penuh debaran untuk melihat sama ada PAS mahu berpatah arang berkerat rotan dengan PKR atau hanya sandiwara politik bagi laba politik parti masing-masing.

Ini kerana PAS mungkin tidak mahu kehilangan kuasa di dalam kerajaan Selangor.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *