A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Tag Archives: DAP (page 5)

Tag Archives: DAP

Hadi Sindir Kit Siang, Ancaman Terbesar Hidup Pelbagai Agama

PAS kesal terdapat pemimpin politik yang berlumba-lumba menjadi penentang ketika masyarakat Islam cuba meningkatkan hukuman syariah. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara jelas dalam ucapannya berkata tindakan pemimpin parti tersebut adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup pelbagai agama di Malaysia. “Sebagai sebuah parti yang besar dalam …

Read More »

Ikrar PAS : Halang DAP Kuasai Negara

PAS menegaskan komitmennya untuk menghalang DAP yang dilihat sebagai ancaman terhadap Islam daripada menguasai pentadbiran negara. Menurut sumber, perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam taklimat tertutup bersama perwakilan parti di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah malam tadi. Difahamkan, PAS turut mengambil pendirian serupa …

Read More »

Jika BN perintah P.Pinang, Guan Eng sengsara

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ketakutan jika skandal rasuahnya di negeri itu didedahkan, sehingga sanggup membuat kenyataan bahawa rakyat Pulau Pinang akan sengsara jika berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan mendakwa Ahli Parlimen Bagan itu bertegas …

Read More »

Gambar Intim: Zairil Dan Dyana Perlu Beri penjelasan

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari digesa tampil membuat penjelasan berhubung sebaran dua keping gambar lelaki mirip beliau bersama seorang wanita mirip bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di media sosial sejak petang tadi. Gambar yang memaparkan lelaki dan wanita itu dipercayai di …

Read More »

DAP ‘Butir Tahi’ PAP – Haji Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecam keras DAP yang dilabelkan sebagai ‘butir tahi’ kepada PAP yang memerintah Singapura. Ahli Parlimen Marang itu juga mengelar Singapura sebagai bapa kepada DAP. “Dulu semasa Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP. …

Read More »

Perjuangan Pembangkang Tidak Berlandas Perlembagaan – Noh omar

Pakatan Harapan disifatkan suka berlagak hero untuk menjadi popular di mata rakyat walaupun tindakan mereka itu menyalahi undang-undang. Dalam nada sinis, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pembangkang memang sengaja memperjuangkan perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. “Dalam akta kita, Akta 171 mengenai …

Read More »

Kit Siang Usah Perdaya Minda Melayu – Ismail Sabri

Penasihat DAP Lim Kit Siang dinasihat tidak cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan rahsia lagi bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina …

Read More »

Rasuah : Adun DAP Terduduk Diam Isu Guan Eng

DAP Selangor akhirnya terduduk selepas dilihat cuba menjadi hero dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memperkatakan mengenai rasuah yang berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO, akhirnya terduduk apabila diajukan pertanyaan oleh ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak mengenai kes yang dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. ADUN DAP …

Read More »

Sidang DUN Selangor Kecoh Angkara ‘Tok Lebai’

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan ‘tok lebai’ yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan ‘tok lebai’ yang merujuk …

Read More »