Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Syukur, Malaysia Bukan Turki

Syukur, Malaysia Bukan Turki

Artikel pilihan
20/07/2016

CUBAAN rampasan kuasa oleh pihak Tentera Turki beberapa hari lalu amat mendukacitakan kita semua. Angka kematian rakyat Turki yang mencecah 290 orang dan beribu yang lain cedera sebagaimana dilaporkan Kementerian Luar Turki sudah tentu menghiris perasaan kita sebagai saudara seIslam walaupun negara kita dipisahkan beribu batu jaraknya.

rampasan-kuasa-turki-02

Ini bukan kali pertama cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera berlaku di Turki. Sudah beberapa kali cubaan sedemikian telah dilakukan sebelum ini, bahkan semasa pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kali terakhir tentera berjaya merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih rakyat secara sah ialah ketika Necmettin Erbakan yang juga guru kepada Erdogan menjadi Presiden pada 1997.

Pada waktu itu Presiden Erbakan yang mewakili parti Refah (atau dikenali sebagai Parti Kebajikan) dipaksa tentera untuk mengundurkan diri lantaran didakwa cuba membelakangi prinsip sekular yang menjadi teras Perlembagaan negara Turki.

Semacam menggunakan skrip yang sama, sebagaimana yang dilaporkan media Barat, cubaan merampas kuasa oleh tentera pada kali ini juga memberikan alasan yang sama terhadap kerajaan Turki di bawah pemerintahan Erdogan.

Sememangnya Turki mengamalkan sistem sekular yang melarang sebarang pengaruh mahupun unsur agama dimasukkan ke dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.

Sekularisme ini mula diperkenalkan pada 1928 setelah pindaan dilakukan oleh Kamal Ataturk terhadap perlembagaan, sekali gus melenyapkan deklarasi kerajaan Turki Uthmaniyyah sebelum ini yang menggagas “Islam sebagai Agama Negara”.

Pada 1937, prinsip sekular ini dimasukkan secara jelas dalam Artikel 2 Perlembagaan Turki. Malah untuk mempertahankan asas sekularisme ini, Artikel 4 Perlembagaan Turki pula mengisytiharkan bahawa prinsip-prinsip asas kenegaraan termasuklah sekularisme tidak boleh diubah, bahkan sebarang cadangan ke arah pengubahsuaiannya mesti ditegah sama sekali.

Kesannya cukup besar terhadap pembangunan Islam di Turki sehinggakan tudung turut ditegah pemakaiannya kepada pekerja sektor awam. Malah pengharaman tudung juga melibatkan guru, peguam, ahli Parlimen, mahasiswi bahkan pelajar di sekolah milik kerajaan. Pernah pada 1999, seorang Ahli Parlimen wanita yang baharu dipilih Merve Kavakci, dihalang daripada majlis akad sumpah di Parlimen hanya kerana bertudung.

Walaupun pada 9 Februari 2008, Parlimen Turki akhirnya bersetuju untuk meminda perlembagaan bagi membenarkan pemakaian tudung di universiti-universiti awam, pada 5 Jun 2008, Mahkamah Perlembagaan Turki membatalkannya kerana bertentangan dengan prinsip sekularisme sebagaimana termaktub dalam Artikel 2 Perlembagaan.

Bukan itu sahaja kesan sekularisme juga dapat dilihat hingga hari ini dalam pelbagai aspek pentadbiran dan pemerintahan kerajaan yang lain. Umpamanya, institusi-institusi kewangan Islam tidak dibenarkan beroperasi dengan sebarang label Islam sehinggakan bank-bank Islam terpaksa berselindung di sebalik label seperti “Participation Bank” untuk beroperasi secara Islam.

Malah pengalaman penulis dijemput ke universiti tertua Turki iaitu Universiti Istanbul untuk bercakap mengenai sistem kewangan Islam tahun lalu mendapati tidak ada fakulti syariah dibenarkan di mana-mana universiti. Yang ada hanyalah menggunakan label fakulti ‘teologi’ yang mensyaratkan agama-agama lain turut diajarkan di samping mata-mata pelajaran yang berkaitan disiplin ilmu Islam.

Ironinya, sistem sekular sebegini ketat diamalkan di negara yang hampir keseluruhan penduduknya beragama Islam. Keadaan ini pastinya berbeza dengan Malaysia. Kebijaksanaan pemimpin terdahulu mendapatkan kemerdekaan daripada British pada 1957 secara tegas memasukkan agenda Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dijelmakan secara tersurat dalam Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan istimewa Islam yang dimaktubkan dalam Perlembagaan bukan sahaja dalam perkara 3 malah peruntukan yang jelas mengenai kedudukan Islam turut disebut dalam perkara 12(2) dan juga sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur kerana mempunyai Islam diletakkan secara jelas dalam Perlembagaan sehinggakan kerajaan turut bersikap akomodatif kepada ajaran Islam. Apa yang dimaksudkan penulis dengan nilai akomodatif ini ialah kesediaan kerajaan terlibat aktif dalam meratakan kefahaman Islam, sekali gus memartabatkan prinsip dan nilai-nilai Islam sama ada dalam perjuangan mahupun pemerintahan tanpa boleh dipersoalkan oleh agama lain.

Justeru bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia. Usahlah terlalu mengagumi negara luar hingga kadangkala kita terlupa atau buat-buat lupa mengenai kelebihan yang ada di negara sendiri.

* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *