A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Sultan Brunei berangkat pulang

Sultan Brunei berangkat pulang

05 Okt : Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat meninggalkan Malaysia hari ini selepas menamatkan lawatan tiga hari bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam kali ke-20.

Noh OmarMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar selaku menteri pengiring dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berada di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada baginda dan rombongan.

Noh OmarPesawat yang membawa Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta pegawai kanan kerajaan berlepas pada kira-kira 1.45 tengah hari.Rundingan tahunan yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berlangsung di Putrajaya semalam.

Antara hasil perbincangan ialah Malaysia dan Brunei siap sedia untuk memulakan rundingan berhubung rangkaian Lebuhraya Pan Borneo bagi menambah baik saling-hubungan dan merancakkan perkembangan ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara itu.

Selain itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana semalam. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *