A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Speaker tolak usul bincang isu Splash di Selcat

Speaker tolak usul bincang isu Splash di Selcat

Shamsudin lias

Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Barisan Nasional (BN) Selangor kesal dengan tindakan Speaker Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh menolak usul tergempar membincangkan isu nilai pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata Yeoh sepatutnya membenarkan usul bagi menggesa pendengaran awam segera dilakukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk menjawab kekeliruan berhubung penstrukturan industri air di Selangor.

“Ketika sebahagian rakyat Selangor gelisah dengan senario bekalan air bersih tidak menentu dan kerap terputus, rakyat Selangor dikejutkan pula dengan nilai yang mencecah RM2.975 bilion untuk mengambil alih konsesi air terakhir iaitu Splash oleh Kerajaan Negeri bagi memuktamadkan hal ehwal penstrukturan industri air Selangor.

“Bagaimanapun, bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) menegaskan kerajaan negeri semasa pentadbirannya sebelum ini tidak pernah menyembunyikan nilai tawaran kepada Splash yang sebenarnya hanya berjumlah RM250.7 juta untuk ekuiti selain menanggung beban hutang syarikat itu sebanyak RM1.56 bilion,” katanya pada sidang media di lobi DNS hari ini.

Mohd Shamsudin berkata demikian ketika mengulas tindakan Yeoh menolak usul yang dikemukakan adun BN Selangor semalam atas alasan notis usul itu adalah kepada setiausaha DNS dan bukan kepadanya.

Yeoh juga berkata usul itu tidak perlu disegerakan berikutan usaha pengambilalihan Splash masih dalam perbicangan antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan selain Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) memberikan penjelasan panjang lebar mengenai isu itu dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.

Mohd Shamsudin berkata jika benar nilai tawaran itu mencecah RM2.975 bilion, apakah keistimewaan Splash bagi Kerajaan Negeri atau Mohamed Azmin sendiri sehingga diberi tempoh penyelesaian yang lama selain menikmati tawaran begitu tinggi berbanding syarikat konsesi lain seperti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium Abass Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Bhd.

“Kerajaan Negeri wujudkan Selcat sebagai wadah ketelusan maka, eloklah perkara ini dijelaskan. Jika tidak, Kerajaan Negeri seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik perkara itu yang akhirnya rakyat mungkin terpaksa menanggung kesannya,” kata beliau.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *