A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Skim Saham Air Selangor, hanyalah dedak PRU13?

Skim Saham Air Selangor, hanyalah dedak PRU13?

Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Menteri Besar (MB) Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) telah menabur janji setiap rakyat negeri itu bakal mendapat saham industri air.

IMG_20160421_011338

Skim Saham Air Selangor (SSAS) itu dijadikan sebagai ‘umpan’ untuk memancing dan meraih undi bagi membolehkan PR terus mentadbir Selangor untuk penggal kedua.

Kini setelah tiga tahun berlalu, janji berkenaan dilupakan begitu sahaja.

Namun, rakyat tidak pernah melupakan janji itu. Mereka bertanya kepada MB sekarang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai status skim berkenaan, sama ada masih dalam tempoh tarikh sah atau sudah disejuk beku bersama dengan janji-janji lain?

Persoalan itu juga turut dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas, tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan, sama ada secara lisan mahu pun bertulis!!!

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *