A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Setiap pemaju akan disemak sebelum diberi lesen pinjaman

Setiap pemaju akan disemak sebelum diberi lesen pinjaman

11 SEPT : Tan Sri Noh Omar menolak dakwaan mengatakan langkah memberikan kelulusan kepada pemaju bagi memberi pinjaman akan menyebabkan kadar faedah naik dan menggalakan kegiatan Ah Long.

IMG_20160817_020529“Ada kaedah  dalam memantau pemaju dan kementerian tidak akan membiarkan pemaju melakukan apa jua perkara sesuka hati.

Dalam masa yang sama kementerian juga akan mengkaji dan menyemak latar belakang setiap syarikat pemaju dalam menilai kemampuan mereka sebelum kebenaran memberi pinjaman wang diberi.

“Sekiranya tahap kekuatan kewangan mereka tidak menyakinkan maka lesen pinjaman wang tidak akan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Noh lagi, kebanyakkan pembeli rumah sekarang tidak dapat membeli rumah disebabkan sukar mendapat pinjaman daripada bank, ia termasuk rumah PPR yang berharga RM35,000.

“Untuk makluman ketika ini banyak rumah yang tidak boleh dijual kerana pembeli yang ditawarkan sukar mendapat pinjaman daripada bank tidak terkecuali rumah PPR yang berharga RM35 ribu.

“Sebagai contoh rumah PPR di Gua Musang seramai 600 permohonan tidak mendapat kelulusan daripada pihak bank. Walaubagaimana pun masalah itu berjaya diatasi apabila konsep sewa beli yang saya umumkan baru-baru ini dilaksanakan di kawasan tersebut,” katanya.

Mengenai dakwaan langka itu akan menyebabkan kadar faedah akan tinggi, Noh berkata kerajaan akan memastikan setiap pemaju mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan kadar faedah lebih rendah.

“Saya ingin tegaskan bahawa di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah maksimum adalah pada kadar 12%.

“Jika pihak kementerian mahu melaksanakan cadangan ini kerajaan akan seboleh mungkin memastikan kadarnya kurang daripada 12% bagi tujuan membantu rakyat memperolehi pinjaman dengan kadar faedah yang terendah yang boleh di tawarkan mengikut Akta.

“Faedah yang dikenakan juga boleh ditetapkan tidak jauh bezanya daripada apa yang ditetapkan oleh pihak bank. Mungkin boleh ditetapkan kadar faedah yang sama seperti pihak bank, tertakluk kepada perbincangan antara Kerajaan dan kemampuan pemaju,” katanya.

Beliau berkata salah faham berhubung langkah yang dicadangkan oleh KPKT mungkin kerana ramai tidak menyedari mengenai akta pinjaman tersebut.

“Saya percaya salah faham ini mungkin kerana umum tidak menyedari kekangan faedah ini seperti yang di tetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Saya juga menafikan cadangan ini akan mengalakkan gejala Ah Long. Untuk makluman setiap Pemaju Perumahan tertakluk kepada Akta Perumahan di bawah peraturan 7F dimana setiap pemaju mesti menghantar laporan setiap “quarter” kepada kementerian.

“Di bawah peraturan ini kementerian boleh memantau kegiatan pemaju. Sebagai contoh sekiranya pinjaman diberi, kementerian boleh memantau bagaimana proses pinjaman dilaksanakan dan adakah mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sekiranya peraturan yang ditetap gagal dipatuhi tindakan boleh diambil terhadap pemaju,” katanya.

Noh berkata cadangan tersebut hanya untuk menggalakkan lebih ramai pemaju bekerjasama dengan kementerian dan memberi jaminan kajian menyeluruh akan dijalankan sebelum
langkah itu dilaksanakan.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, cadangan ini antaranya untuk mengalakkan lebih ramai pemaju bekerjasama dengan kementerian dalam menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.

“Ianya juga sebagai salah satu daripada pilihan yang ada kepada pembeli jika pinjaman mereka ditolak oleh pihak bank. Konsep ‘willing buyer, willing seller’ perlu difahami dan saya yakin sekiranya pemaju meletakkan kadar faedah yang tinggi pembeli sudah pasti tidak akan menerima cara tersebut,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *