A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Selepas Indonesia, Kerajaan Thailand ikut sama tiru BR1M

Selepas Indonesia, Kerajaan Thailand ikut sama tiru BR1M

Br1m ala thailand

 

Kerajaan Thailand mengumumkan imbuhan wang tunai kumpulan sasaran di negara itu semalam, pemberian mengejutkan oleh kerajaan junta tentera yang sebelum ini mengecam subsidi oleh kerajaan awam sebelumnya.

Langkah itu diumumkan selepas bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang di­pilih secara demokrasi disingkirkan dalam rampasan kuasa pada 2014.

Beliau berdepan hukuman penjara 10 tahun berikutan pemberian skim subsidi beras kepada golongan miskin luar bandar.

Sejak rampasan kuasa tersebut, pemimpin junta, Prayuth Chan-O-Cha menyelar skim subsidi beras Yingluck sebagai punca Thailand terpaksa menanggung kerugian beberapa dolar dan berikrar akan menamatkan budaya populis tersebut.

Bagaimanapun, dalam perkembangan politik terbaharu di negara itu, Prayuth berkata, wang berjumlah AS$358 juta itu akan mula diagihkan pada bulan depan.

“Ia bagai membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita sambil menambah, langkah itu juga akan dapat meransang ekonomi dengan menggalakkan rakyat supaya berbelanja.

Mereka yang berpendapatan bawah 30,000 baht (RM3,700) setahun akan menerima imbuhan tunai sekali sahaja sebanyak 3,000 baht (RM370), manakala mereka yang berpendapatan tahunan antara 30,000 baht hingga 100,000 baht (RM12,500) pula akan menerima 1,500 baht (RM190).

Para petani bagaimanapun tidak termasuk dalam pemberian terbaharu itu kerana mereka telahpun menerima bantuan kewangan, tambah­nya.

Walaupun ekonomi negara meningkat sejak rampasan kuasa tersebut, hutang isi rumah di Thailand masih tinggi, manakala eksport semakin lemah diikuti oleh pelaburan asing yang berkurangan dan keyakinan pengguna juga rendah.

Golongan petani terutamanya dalam sektor padi dan getah terjejas teruk akibat harga komoditi yang rendah tahun ini.

Untuk rekod Malaysia memperkenalkan Bantuan Tunai 1Malaysia (BR1M) untuk diberikan kepada golongan sasaran selepas menghentikan subsidi pukal sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kerajaan pada 2009.

Bermula RM500 kini lebih tujuh juta penerima BR1M menerima RM1000 setahun untuk program subsidi tersasar itu. Ia diakui oleh Bank Dunia sebagai cara terbaik pemberian subsidi yang terbukti berkesan merangsang ekonomi.

-agendanews

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *