Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

Bulan lepas, netizen propembangkang ‘kecoh’ bangga dengan kejayaan kerajaan Selangor mampu memberi bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Mereka dabik dada mendakwa kononnya ia ekoran kehebatan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menjana pendapatan negeri; seraya pula memperlekehkan BR1M anjuran kerajaan Pusat sebagai dedak rasuah!

Hakikatnya, insiden ribut kencang pada malam Khamis lalu hingga merosakkan sebahagian bumbung Stadium Shah Alam ketika perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia-Myanmar akhirnya membongkar realiti sebenar.

Kerajaan Selangor dilaporkan ‘selamba’ memohon bantuan kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membaik pulih kerosakan di arena ikonik bola sepak kebanggaan skuad gergasi merah putih tersebut.

Alasannya cukup mudah iaitu stadium yang dibina dengan kos RM480 juta dan kapasiti 80,000 penonton itu bakal menjadi venue untuk beberapa perlawanan bola sepak ketika berlangsung Sukan SEA KL 2017 pada bulan depan.

Permohonan diutarakan Exco Sukan Selangor, Amirudin Shari pada Jumaat itu bukan sahaja pelik tetapi turut cetus persoalan cepumas tahap kewangan kerajaan negeri termaju itu yang selama ini dikatakan memiliki dana besar.

Media turut melaporkan kerosakan bumbung Stadium Shah Alam akibat ribut tersebut hanya memerlukan sekitar RM600,000 untuk dibaik pulih dan jumlah itu agak kecil berbanding pemberian bonus raya oleh kerajaan negeri.

“Kos agak beban, dan saya mengalu-alukan jika KBS mahu selesai masalah ini segera. Apa salah sumbangkan jumlah itu kerana sebelum ini, kita (Selangor) tidak menerima apa-apa peruntukan untuk Sukan SEA,” dalih Amirudin.

Mujur KBS prihatin dengan senario tersebut malahan menterinya, Khairy Jamaludin ketika ditemui pemberita di Jerantut, Pahang mengesahkan bersedia membantu kerajaan Selangor membaiki kerosakan Stadium Shah Alam.

Malah beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali untuk melakukan lawatan ke stadium itu secepat mungkin bagi tujuan tersebut kerana menyedari kerajaan Selangor ada masalah kewangan.

“Kita akan bantu sebab saya tahu ada kekangan kewangan di peringkat kerajaan negeri. Lagipun Stadium Shah Alam pun akan digunakan sebagai venue pertandingan Sukan SEA,” kata Khairy mengulas kerosakan bangunan itu.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jerantut sekali gus mengesahkan Selangor bukanlah kaya mana pun.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *