A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Aktiviti YB / Sekolah luar bandar terus mendapat perhatian TS Noh.

Sekolah luar bandar terus mendapat perhatian TS Noh.

Dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada guru, pelajar dan ibubapa sebanyak RM100,000 disumbangkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Burong untuk membina dewan terbuka untuk kemudahan pelajar dan warga sekolah berkenaan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sekolah-sekolah terutamanya di kawasan luar Bandar masih memerlukan sumbangan untuk kelengkapan kemudahan.

“Jadi saya lihat sekolah-sekolah di kawasan luar Bandar terutamanya, masih memerlukan sumbangan seperti ini.

“Kita sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan banyak memberikan peruntukan, tetapi dalam masa yang sama jumlah sekolah adalah banyak, maka dengan adanya sumbang lain seperti dari bekas-bekas pelajar ia banyak membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Burong kali ke 43, semalam.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyempurnakan upacara pecah tanah bagi mendirikan Surau Al Sakinah di sekolah berkenaan.

Surau Al-Sakinah merupakan sumbangan daripada Pengarah Urusan Mangkubumi Sdn Bhd, Datuk Seri Ir Zainudin Karjan yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *