Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Sejarah parti serpihan daripada UMNO, 1951-1999

Sejarah parti serpihan daripada UMNO, 1951-1999

9 OGOS : Sejak penubuhan UMNO pada 1946 sebelum negara memperoleh kemerdekaan, kemelut politik dalaman sudah menjadi asam garam bagi parti masyarakat Melayu itu, namun ia masih utuh dan kekal sebagai parti utama mendominasi kerajaan pusat sehingga hari ini.

Pelbagai rupa dan bentuk parti serpihan baharu ditubuhkan, ada yang sudah menjadi arkib sejarah dan ada yang kekal sehingga hari ini tapi masih tidak dapat menyaingi kedudukan UMNO sebagai parti utama orang Melayu.

Kesatuan orang Melayu bukan pada seorang individu, sebaliknya pada parti iaitu UMNO yang dianggap sebagai benteng terakhir kepada orang Melayu.

Berikut merupakan fakta sejarah beberapa parti serpihan UMNO yang ditubuhkan dan sudah berkubur :

Parti Serpihan1951-1953, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP, Independence of Malaya Party)

Parti Kemerdekaan Malaya (Bahasa Inggeris: Independence of Malaya Party, IMP) ialah sebuah parti politik di Malaya British yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu.

Parti ini ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah beliau menyatakan hasrat membuka keahlian UMNO kepada kaum lain. Hal ini menyebabkan tentangan daripada ahli UMNO dan beliau terpaksa keluar UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 1951. Beliau bagaimanapun membubarkan parti ini pada 1953 selepas tidak berapa mendapat sambutan dan menubuhkan Parti Negara.

1953 – 1962, Parti Negara

Parti Negara adalah sebuah parti politik berasaskan orang Melayu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin Parti Kemerdekaan Malaya pada 1953, dan telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 1954.

Pengasasnya ialah Dato Sir Onn Jaafar, presiden pertama parti United Malays National Organisation (UMNO), selepas beliau kalah dalam suatu perebutan kuasa dalaman parti.

Parti ini di mana secara perlembagaannya adalah pelbagai bangsa, mencari untuk mencipta ruang bagi dirinya sebagai kuasa ketiga dalam 50’an dan awal 60’an tetapi telah gagal. Parti ini tidak mendapat sokongan signifikan masyarakat orang Melayu, dan telah diperlekehkan oleh Perikatan yang diteraju UMNO atas tuduhan cauvinisme.

Satu-satunya kerusi Parlimen Malaysia yang Parti Negara pernah menang adalah dalam Pilihan Raya Umum 1959 di Terengganu oleh Dato’ Onn sendiri.

Dengan pemergian Dato’ Onn pada 1962, Parti Negara turut mati secara politiknya. Kerusi yang Dato’ Onn menang kemudiannya telah dimenangi balik Perikatan pada pilihan raya kecil yang diadakan.

1988-1996, Semangat 46 (S46)

Parti Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.

Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato’ Seri Utama Rais Yatim. Maksud “Semangat 46” ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.

Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.

Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.

Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh dan Rais menyertai UMNO Baru.

1999 – Parti KeAdilan Nasional/ PKR

Parti KeADILan Nasional atau PKR (sekarang) merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan.
Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *