For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Sedutan bajet 2017, BAJET BERHEMAT, BERPAKSIKAN RAKYAT

Sedutan bajet 2017, BAJET BERHEMAT, BERPAKSIKAN RAKYAT

SABAN tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan atau bajet telah dipersembahkan. Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertama pasca merdeka, di Parlimen pada 1959, hanya berbekalkan peruntukan sebanyak RM888 juta, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukan RM260.8 bilion.

Najib RazakDengan izin dan kehendak Allah, Kerajaan Perikatan, kini, sebagai Kerajaan Barisan Nasional, berjaya mempertahan dan mengekalkan pertumbuhan KDNK pada purata enam peratus setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut.

Bajet kali ini dengan peruntukan RM260.8 bilion, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

Daripada jumlah ini, RM214.8 bilion adalah Perbelanjaan Meng­urus dan RM46 bilion pula untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion adalah untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk Per­k­hid­matan dan Bekalan. Manakala, RM103.9 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan RM691 juta, dan RM816.6 juta lagi untuk perbelanjaan lain.

Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi me­nerima agihan tertinggi sebanyak RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion. Sektor ke­selamatan mendapat RM5.3 bi­lion dan sektor pentadbiran am lebih RM2.5 bilion.

Berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar tiga peratus kepada RM219.7 bilion.

Selain itu, sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding 3.1 peratus pada tahun ini.

Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, kerajaan sentiasa komited melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbe­lanjaan berhemah, sekalipun, kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Maksud perbelanjaan berhemah oleh kerajaan di sini, kalau hendak dipercontohkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak dalam menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah.

Ertinya, jika dulu, dapat dibeli­kan mainan yang agak mahal untuk anak-anak, dalam keada­an sekarang, beli tetap beli juga tetapi yang bersesuaian dengan kadar kemampuan. Manakala, makan minum, kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah dan makan-makan di restoran mahal…kini boleh bersederhana serta berjimat, barangkali di restoran berpatutan, namun tidak kurang enaknya.

Berbalik kepada Bajet 2017 ini, kita ingin mengambil ibarat dan teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof a.s. tentang perancangan tujuh tahun pertama dan persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran mengekalkan ke­utuhan ekonomi negara.

Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada si­tuasi ekonomi negara kita, pada 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.

Justeru, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir RM7 bilion, bagi merang­sang kembali pertumbuhan ekonomi negara.

Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai RM60 bilion telah digerakkan.

Ternyata, langkah proaktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang de­ngan pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pada 2010.

Alhamdulillah, rentetan inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut dan tujuh bajet yang telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil dan kekal berada di landasan positif.

Sesungguhnya, keadaan eko­nomi global atau external economy masa kini adalah tidak menentu dan berada di luar kawalan kita.

Pertumbuhan perlahan eko­nomi antarabangsa berpunca daripada kelembapan kesemua Kuasa-Kuasa Besar Ekonomi Dunia secara serentak. Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016.

Kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita masih kekal stabil dan sustainable bagi separuh pertama tahun ini. Ekonomi negara terus berkembang pada 4.1 peratus dan kita yakin sasaran pertumbuhan empat hingga 4.5 peratus bagi 2016 dan empat hingga lima peratus pada 2017 akan tercapai, insya-Allah.

Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun tidak popular.

Bak kata pepatah Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’ dengan mempasak dan memancang, asas yang kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan dan ekonomi negara.

Dasar Strategik & GST

Segalanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancangan kerajaan dengan menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010.

Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3 peratus pada 2009 kepada 14.6 peratus pada 2016.

Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertahankan dan masih terpelihara, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus.

Keduanya: Langkah berani kerajaan memperkenalkan GST untuk meluaskan sumber pendapatan kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsung individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar, daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara.

Tambahan pula, dengan kejatuh­an harga minyak, dianggarkan kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira RM30 bilion setahun, daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen Petronas dan cukai petroleum.

Sedarilah, dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan. Sukacita saya melaporkan, melalui GST hampir RM30 bilion telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.

Apa yang pastinya, janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali.

Ketiga: Rasionalisasi Subsidi: Sebagai contoh, jika hendak dibandingkan bagi mi­nyak pada 1995, masa itu subsidi hanyalah RM123 juta. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus dari­pada bajet keseluruhan negara.

Kemuncaknya pada 2012, mencecah jumlah subsidi RM24.8 bilion, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara.

Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan kewangan negara dan menggalakkan ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Terbukti, melalui segala inisiatif yang diambil oleh kerajaan, ekonomi kita berkembang secara mampan dan kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity (PPP), Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun seantero dunia.

Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia, telah meningkat daripada AS$23,100 pada 2012, kepada AS$26,891 pada 2015.

Pada sudut lain, kerajaan sedar tentang desas-desus bahawa, para pelabur sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia.

Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sangat berkait rapat dengan persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datang­nya pelaburan untuk ekonomi digerakkan.

But, if our own people, undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.

Justeru, perbuatan durjana oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab se­perti ini mesti dihentikan!

Bagi kita Kerajaan Barisan Nasional, bak kata orang, sekalipun seribu panah tertusuk di badan, seandainya sejuta luka terbenam diserang, demi rakyat Malaysia yang tercinta, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita akan terus mara menjulang Malaysia ke hadapan.

Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya. Misalnya, jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama 2016, adalah lebih RM28 bilion. Ini peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Ini tidak termasuk pelaburan domestik lebih RM60 bilion.

Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dengan komuniti perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dengan pelaburan di sini, kerana yakin dengan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang jelas.

Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir RM5 bilion. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim, Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di seluruh dunia.

Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara kita.

Terkini, menurut Kaushik Basu, Ketua Pakar Ekonomi dan Naib Presiden Kanan Bank Dunia, “…as many nations suffer because of falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed itself from a poor, commodity-exporting nation to a modern diversified economy.”

Setiap kali bajet dibuat, ramai merujuk dan membahas kepada beberapa ayat penting dalam al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganlah harta itu berlegar dalam kalangan orang kaya di antara kamu sahaja.

Saya telah merujuk kepada pandangan pakar dan alim ulama tentang perkara ini dan difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dalam konteks yang lebih luas dan holistik.

Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti bajet ini, kepada masyarakat adalah bersifat subjektif dengan mengambil kira keperluan dan maslahah semasa rakyat terbanyak.

Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara enteng. Sebagai kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori.

Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan.

Pertama: Kerajaan ini mengutama­kan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemaj­mukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selama­nya;

Kedua: Kerajaan ini mementingkan dan memelihara kedaulatan, keluhuran Perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara;

Ketiga: Ini adalah kerajaan yang kohesif dan stabil serta beker­ja sebagai satu pasukan yang jitu;

Keempat: Kerajaan ini gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan tersusun, efisien lagi holistik.

Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, kerajaan ini akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan.

Ini bererti, kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh yang terbaik, bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja.

PENJAWAT AWAM

Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara.

Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukaci­tanya saya mengumumkan:

* Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana;

* Kedua: Pemberian Cuti Kua­rantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari;

* Ketiga: Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga RM5,000 bagi setiap tiga tahun; dan

* Keempat: Had pinjaman pembelian motosikal akan dinaik­kan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

* Kelima: Menaikkan ke­­layakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada RM120,000 kepada RM200,000, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya RM600,000, kini dinaikkan kepada RM750,000;

* Keenam: Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara RM90,000 hingga ke RM300,000;

* Ketujuh: Pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat pada peng­hujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan puan-puan akan dilanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi;

* Kelapan: Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat, kerajaan memandang serius, seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan

* Kesembilan: Kerana ke­kan­gan jawatan tetap, kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

Untuk makluman, hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga.

MEMPERBETULKAN SALAH TANGGAPAN

Sebelum pembentangan dite­ruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan dan misconceptions yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab, sehingga mengelirukan dan me­nimbulkan keresahan tidak menentu kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia.

Salah faham dan salah persepsi yang pertama dikatakan – Kerajaan akan bankrap atau muflis.

Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah kerajaan hanya dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.

Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah agensi antarabangsa yang sangat berwibawa yakni, Fitch, Moodys dan Standard & Poors.

Institusi-institusi inilah Badan-
Badan Penarafan yang diterima pakai rating dan laporan keupayaan negara-negara dalam membayar balik hutang.

Sebagai perbandingan, mene­rusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding dengan Filipina BBB-, Thailand BBB+ dan Vietnam BB-.

Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya le­bih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea AA-, China A+ , Taiwan A+, dan Jepun A.

Maknanya, istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia!

Salah faham dan salah persepsi kedua, dikatakan bahawa Malaysia is a failed state, atau negara yang gagal.

Ini pun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa makna­nya Failed State. Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas kerajaan.

Ini termasuklah kegagalan anggota polis dan askar mengawal keamanan dan keselamatan negara, kegagalan kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air dan elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa kepada kehancuran ekonomi.

Ternyata ciri-ciri tersebut tidak wujud di Malaysia dan dengan pertolongan Allah, kerajaan ini tidak sesekali akan membiarkan kita terjerumus ke kancah negara yang gagal.

INKLUSIF

Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau ber­le­gar kepada kumpulan rakyat ter­tentu sahaja. Namun direka­yasa, bersifat inklusif demi ke­sejahteraan rakyat seluruhnya.

Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dalam negara kita, terdapat tiga kategori utama rakyat berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 dan B40.

Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dengan pertumbuhan pendapatan golongan M40 dan T20.

PUBLIC HAPPINESS

Sekiranya dalam Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People Economy dan Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep penting dalam kita menuju status negara maju yakni, public happiness.

Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, se­perti aman daripada jenayah, menikmati alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan yang berwarna-warni.

Juga pencapaian pendidikan yang tinggi, mengangkat kesarjanaan dan keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yang terjamin serta memiliki akses kepada pengangkutan awam yang efisien.

Sehubungan dengan hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semula jadi terutama kawasan tadahan air dan memastikan bahawa kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai hutan simpanan dan taman-taman nasional dijaga serta sentiasa dipertahankan agar tidak diceroboh. Ini hanya akan menjadi kenyataan seandai semua kerajaan negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan gandingan sektor swasta dan rakyat jelata.

Demi kesejahteraan rakyat, kerajaan akan terus komited me­laksanakan projek dan program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut:

Pertama: Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih berada dalam keadaan suram gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu jalan.

Makanya, menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97,000 lampu jalan dan 3,000 lampu LED di persimpang­an jalan akan dipasang.

Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak;

Kedua: Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi me­ningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan RM1.2 bilion;

Ketiga: Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;

Keempat: Membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350 juta. Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung kepada usangnya keada­an rumah tersebut;

Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri dan pembalakan serta kebocoran paip.

Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntukkan geran RM156 juta dan RM509 juta dalam bentuk pinjaman.

Sebagai tambahan, untuk meng­atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, dengan peruntukan RM500 juta.

Keenam: Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM460 juta; dan

Ketujuhnya: Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang tinggal di flat. Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan kusam kerana tidak dipulihara sebaik­nya. Begitu juga keadaan lif-lif yang rosak dan bermasalah.

Oleh itu, kerajaan menyediakan RM300 juta di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Kerajaan juga akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan RM800 juta. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan.

Selain itu, 69 projek Rancang­an Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta.

MYBEAUTIFUL NEW HOME

Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan RM200 juta.

Sebagai permulaan, 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Menariknya, kerajaan akan membiayai RM20,000 dan ba­kinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan kerajaan negeri.

KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134 juta bagi tahun 2017.

Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara RM35,000 sehingga RM42,000, walaupun kos pembinaannya menelan RM120,000 hingga RM160,000.

Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan seperti berikut:

Pertama: Memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan RM45 juta. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima RM250 sebulan;

Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GiatMara, dengan peruntukan RM30 juta, yang menyasarkan 3,000 peserta bermotosikal;

Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur, dengan peruntukan RM100 juta bagi melahirkan 3,000 usahawan tani muda yang terlibat di dalam pengeluaran hasil tani bernilai tinggi; dan

Keempat: Menggiatkan program e-Usahawan dan e-Rezeki di bawah MDEC, merangkumi 300,000 peserta dengan peruntukan RM100 juta.

KOS SARA HIDUP

Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

Untuk membantu golongan pesawah padi pula, kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit.

Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’.

Sebagai langkah tambahan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi tiga bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah.

Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 hingga RM300 sebulan akan diteruskan.

Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BRIM diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima.

Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:

Pertama: BR1M kepada isi ru­mah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200;

Kedua: BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 ringgit, dan

Ketiga: Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET.

Menerusi NBOS, untuk mengoptimumkan aset-aset kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah suai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme bagi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.

Selain itu, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum akan diberi kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

Bagi meningkatkan keboleh­pasaran graduan, RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20,000 graduan bagi 2017, berbanding 15,000 graduan pada 2016.

Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.

Untuk meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut akan diperkenalkan:

Konsep Pertama: Melalui NBOS lagi, kita akan menyediakan tanah kerajaan yang tidak diguna pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA, untuk membina lebih 30,000 unit rumah membolehkan harga jualan antara RM150,000 hingga RM300,000. Harga ini jauh lebih rendah dari pasaran iaitu RM250,000 hingga RM400,000;

Konsep Kedua: Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Konsep ketiganya: Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang la­yak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Mereka boleh menyewa de­ngan tempoh maksimum lima tahun, pada kadar yang lebih rendah daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk membeli rumah sendiri; dan

Konsep keempat: Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan RM200 juta untuk membina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit.

PR1MA telah mendapat sam­butan yang amat memberangsangkan. Setakat ini, lebih 12,000 unit kediaman, berjumlah RM3.3 bilion telah ditempah. Manakala 85,000 lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.

Me1alui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan basil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Contohnya, pemohon yang berpendapatan RM3,000 sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih RM295,000.

Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.

Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, Felda, Felcra dan RISDA masing-masing diperuntukkan RM200 juta, RM100 juta dan RM100 juta lagi.

Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2017.

NBOS telah menjimatkan RM3.5 bilion perbelanjaan negara.

Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, empat lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan tiga lagi RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak akan dibina dengan peruntukan RM100 juta.

Sebagai langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk membantu memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan.

Selain itu, inisiatif NBOS yang lain seperti program Bahasa Ing­geris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan RM40 juta.

KOMITED

Tatkala kerajaan melaksanakan pelbagai program Rakyat Centric, kerajaan terus komited memampankan fiskal negara jangka panjang dengan antara lain menu­buhkan Collection Intelligence Arrangement atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini akan melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah kecekapan me­ngutip cukai dan tax compliance.

Selain itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta, akan dinaikkan daripada tiga kepada empat peratus mulai 1 Januari 2018. Juga, projek Rakyat Centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah RM10 bilion.

Berbicara lagi hal sukan, kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Olimpik dan Para­limpik. Pertama kali Negaraku dikumandangkan di Rio De Janeiro.

Bagi pembangunan sukan negara, sebanyak RM1.2 bilion disediakan. Ini meliputi RM450 juta, khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan pada 2017.

Selain itu, beberapa program pembangunan sukan akan dilaksanakan:

* Pertama: RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang;

* Kedua: RM122 juta bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti;

* Ketiga: RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa; dan

* Keempat: RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

KESIHATAN

Kesihatan adalah segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi mening­katkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, RM25 bilion disediakan bagi program:

* Pertama: Membina dan menaik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru;

* Kedua: Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan RM536 juta. Ini termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulans;

* Ketiga: RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; dan

* Keempat: RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan kerajaan.

Selanjutnya, bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta atau NGO, yang mengendalikan non-profit charitable hospital, mengikut kadar kos hospital kerajaan. Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.

Seterusnya, RM110 juta diperuntukkan, dengan RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10,000 pesakit kurang berkemampuan.

Sebagai menggalakkan le­bih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sebagai geran one-off RM200,000 untuk pembelian peralatan.

Kerajaan sememangnya memandang serius penularan wabak denggi dan Zika serta akan melaksanakan inisiatif pencegahan dan kawalan ke atasnya. Selain itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluaskan. Ke­semua ini melibatkan peruntukan RM80 juta.

MAKANAN

Di sudut lain, kerajaan me­ngambil berat keluhan rakyat tentang kenaikan harga makanan, serta jaminan bekalan makanan.

Justeru, RM1.3 bilion disediakan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif.

Ini termasuk membangunkan infrastruktur pertanian seperti saliran dan pengairan, jalan ladang dan pemasaran produk pertanian. Program berimpak tinggi juga akan diteruskan termasuklah estet padi, zon bersepadu akuakultur dan penternakan ikan sangkar.

Seterusnya, program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi MyFarmOutlet dan penambahbaikan 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan RM140 juta.

Kerajaan juga akan mengga­lakkan pembangunan industri tenusu serta pengeluaran madu kelulut dan kelapa, di samping mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan ternakan menerusi pembangunan industri tanaman jagung bijirin, sebagai projek perintis di Terengganu dan di Kedah.

PRIHATIN

Sememangnya, kerajaan prihatin terhadap keluhan dan permintaan para pemandu teksi.

Sukacitalah, saya mengumumkan geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, dengan peruntukan RM60 juta. Ini akan memanfaatkan seramai 12,000 pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka.

Pada masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindu­ngi oleh insurans. Atas keprihatinan kerajaan, Skim Perkeso kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan akan diper­kenalkan dengan geran pelancaran RM60 juta.

Di bawah skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar RM157 hingga RM443 setahun, yakni, hanya RM13.08 sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada Perkeso.

Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu Uber, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.

Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu dan RM4,300 sekiranya melebihi 40 jam seminggu.

Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 ringgit bagi pembelian kereta Proton Iriz.

Kerajaan juga akan menaik taraf sistem perparitan dan pembinaan dua Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Le­buhraya Persekutuan bagi meng­atasi masalah banjir di laluan motosikal serta menjamin kese­lamatan penunggang motosikal. Untuk ini, RM29 juta diperuntukkan.

Di bawah capital economy, kerajaan akan tetap melaksanakan strategi properniagaan.

Selaras perkembangan pela­buran swasta yang dijangka pada 8.1 peratus kepada RM230 bilion pada 2017, lebih banyak inisiatif akan dijalankan.

PENDIDIKAN

Sememangnya, usia dua hingga lima tahun merupakan fasa penting tumbesaran minda dan fizikal kanak-kanak.

Justeru, kerajaan akan meneruskan Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Per Kapita program Tabika dan Taska.

Kerajaan juga akan menambah baik pakej pemakanan bernutrisi harian yang lebih lengkap merangkumi susu bersukatan 250 mililiter, kismis dan telur.

Inisiatif ini memanfaatkan hampir 280,000 kanak-kanak dengan peruntukan RM200 juta.

Seterusnya, sebanyak RM132 juta lagi disediakan untuk me­ningkatkan akses kepada pendidikan prasekolah secara percuma di sekolah kerajaan, memanfaatkan 200,000 orang kanak-kanak.

Setiap rakyat di negara ini berhak untuk mendapatkan akses pendidikan yang sempurna.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah termasuklah:

* Pertama: Membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan Industrialised Building System serta menaik taraf 1,800 makmal sains dengan peruntukan RM570 juta;

* Kedua: Menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk lapan buah sekolah baharu dengan peruntukan RM478 juta; dan

* Ketiga: Memperluaskan prog­ram penguasaan Bahasa Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language dan Highly Immersive dengan peruntukan RM90 juta.

Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, kerajaan akan meneruskan program berikut:

* Pertama: Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000, yang memanfaatkan 3.5 juta murid;

* Kedua: RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365,000 murid;

* Ketiga: RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah;

* Keempat: RM1.1 bilion me­rangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita;

* Kelima: Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i;

* Keenam: Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak RM150 kepada 67,000 murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas; dan

* Ketujuh: RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

Bagi meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam.

Daripada jumlah ini, RM1.4 bilion kepada empat hospital universiti, manakala RM300 juta untuk pemerkasaan lima universiti penyelidikan.

Tambahan lagi, RM100 juta untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.

Bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pelajar pendidikan tinggi, kerajaan akan menggantikan baucar buku de­ngan kad debit pelajar sejumlah RM250, yang boleh digunakan untuk pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses Internet. Ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta orang pelajar.

Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada 2017.

Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:

Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;

Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potong­an gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Insentif ini berkuat kuasa esok, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:

* Pertama: Bantuan kepada keluarga miskin, meliputi Bantuan Am sehingga RM300 sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450 diteruskan, memanfaatkan 69,000 keluarga;

* Kedua: RM424 juta disediakan yang akan memanfaatkan 120,000 warga emas, termasuklah bantuan sosioekonomi warga emas berjumlah RM300 sebulan sebagai saraan hidup dan prog­ram wang saku. Selain itu, lapan buah Pusat Aktiviti Warga Emas baharu akan ditubuhkan;

* Ketiga: RM535 juta untuk memanfaatkan hampir 150,000 Orang Kurang Upaya. OKU, merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya be­kerja; dan

* Keempat: Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang yang layak mendapat pelepasan juga akan diperluaskan.

PENGANGKUTAN

Pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian dalam negara menuju kemajuan. Jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap, selamat dan selesa sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.

Lantas, seperti dimaklumi, projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu.

Manakala perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi pada Disember 2016, memanfaatkan 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.

Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar dengan langkah-langkah berikut:

Pertama: Pelaksanaan pro­jek rel baharu East Coast Rail Line, menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos RM55 bilion;

Kedua: Menggiatkan pelaksa­na­an Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak;

Ketiga: RM100 juta bagi membaik pulih landasan kereta api Pantai Timur, jajaran Gua Musang-Tumpat akibat kerosakan banjir; dan

Keempat: Bagi meningkatkan kekerapan trip perkhidmatan ETS bagi laluan Johor Bahru-Padang Besar, Kerajaan telah memperoleh sembilan set tren sehingga tahun 2019.

Sebagai tambahan, sebanyak 10 set tren baharu lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga tahun 2019, dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.

AGENDA BUMIPUTERA

Menjunjung Agenda Bumiputera, kerajaan akan perbuat dan peruntukkan:

* Pertama: RM100 juta kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera;

* Kedua: RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka;

* Ketiga: RM300 juta kepada TEKUN, bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baharu TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.

* Keempat: RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan dan Premis Perniagaan;

* Kelima: RM120 juta kepa­da Mara, bagi pelbagai program keusahawanan, antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia, Program Latihan Bersepadu Keusahawanan;

* Keenam: Dana mudah cara berjumlah RM500 juta menerusi TERAJU untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka atau memulakan perniagaan baharu;

* Ketujuh: RM100 juta untuk TERAJU bagi Tabung Eksport bagi syarikat-syarikat Bumiputera menembusi pasaran antarabangsa; dan

* Kelapan: RM100 juta menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil dan Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.

Pokoknya, selagi hayat dikandung badan, agenda pemerkasaan Melayu serta Bumiputera akan terus kita perjuangkan.

Sememangnya, kerajaan amat menghargai sumbangan perusahaan kecil dan sederhana di dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan di negara ini.

Bahkan, 97 peratus daripada kesemua perniagaan di negara ini adalah dari sektor PKS. Perniagaan-perniagaan ini juga menyumbangkan 36 peratus dari KDNK negara pada tahun lepas, 65 peratus daripada kesemua pekerjaan dan 18 peratus daripada eksport negara.

Jadinya, kerajaan yakin sektor PKS mempunyai keupayaan untuk melonjak ke hadapan, supaya dapat meningkatkan lagi sumbangan mereka kepada ekonomi negara.

Untuk Bajet 2017 ini, saya mahu mengumumkan beberapa perkara yang gembira dan sangat mustahak lagi berimpak besar kepada syarikat-syarikat termasuk PKS.

Bagi menghargai pencapaian syarikat-syarikat yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu skim baru khusus bagi tahun taksiran tahun 2017 dan 2018.

Skim ini akan memberi pengurangan kadar cukai berperingkat, berdasarkan kepada peratus kenaikan pendapatan berbanding tahun taksiran sebelumnya. Kadar pengurangan cukai pendapatan ini adalah seperti berikut:

* Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara lima dan bawah 10 peratus sebanyak satu mata peratusan;

* Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 10 dan bawah 15 peratus sebanyak dua mata peratusan;

* Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 15 dan bawah 20 peratus sebanyak tiga mata peratusan; dan

* Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20 peratus sebanyak empat mata peratusan.

Selain itu, bagi semua PKS pula, kadar cukai bagi pendapatan bercukai sehingga RM500,000 pertama, akan dikurangkan daripada 19 peratus kepada 18 peratus, bermula tahun taksiran 2017.

Juga, bagi merancakkan program pembangunan vendor tempatan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

KESELAMATAN & PERTAHANAN

Beriring-iring dengan perpaduan, kerajaan ini tidak akan pernah berkompromi dengan keselamatan dan ketenteraman awam.

Sesungguhnya, jasa para perajurit negara sentiasa kekal disanjung tinggi. Ini termasuklah pengorbanan mereka mempertahankan negara ketika darurat.

Sesungguhnya, jasa mereka tidak terbayar dengan wang ringgit, dan tidak ternilai dengan pangkat darjat.

Maka, sukacitanya diumumkan, kerajaan akan memberi Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM, sejumlah RM55 juta, yang masih belum menerima insentif khas ini.

Ini bagi membolehkan veteran yang hilang upaya ketika dalam perkhidmatan, dapat menerima insentif tersebut. Sebagai contoh, seorang Koperal yang mengalami hilang upaya sebanyak 80 peratus semasa berkhidmat layak menerima bayaran Insentif Pukal sehingga RM34,000 dan bayaran Insentif Bulanan sehingga RM590 bergantung kepada kaedah pengiraan semasa. Ini merupakan insentif baharu selain daripada Pencen Hilang Upaya sedia ada.

MINDEF pula diperuntukkan RM15.1 bilion, antaranya RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata. ATM juga diperlengkapkan dengan perolehan kapal rondaan dan kenderaan berperisai 8×8.

Di samping itu, RM1.3 bilion diperuntukkan antaranya untuk telekomunikasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam.

Bagi meningkatkan keberkesanan operasi Esszone, RM323 juta diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.

Selain itu, kerajaan akan mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, dan Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Seterusnya, menempatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8×8, dan kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, serta penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk dan helikopter Eurocopter EC-725 di Pangkalan Udara Labuan.

Angkatan Tentera juga akan melaksanakan Program Jiwa Murni, dengan peruntukan RM114 juta, bagi membina dan menaik taraf jalan di pedalaman Sarawak. 
Di samping itu, perkhidmatan Feri Sekolah Angkatan Tentera juga diteruskan melibatkan 15,000 anak-anak anggota ATM seluruh negara.

Manakala, KDN diperuntukkan RM12.8 bilion, termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM. Antara projek utama membina 12,000 pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69, dan perolehan kenderaan serta kelengkapan.

Selain itu, RM60 juta disediakan bagi meningkatkan keberkesanan usaha mencegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence dan Unit Rondaan Bermotosikal.

Kerajaan juga mengiktiraf pera­nan anggota Rela dalam memelihara keharmonian masyarakat. Untuk ini, RM80 juta diperuntukkan, bagi membekalkan pakaian seragam kepada lebih 200,000 orang anggota Rela.

Bagi memastikan kawasan kejiranan berada dalam selamat dan tenteram, RM40 juta diperuntukkan untuk melaksanakan semula Geran Persatuan Penduduk kepada persatuan yang berdaftar. Geran sehingga RM10,000 bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan.

Sehubungan ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara, sebanyak RM2 bilion disediakan untuk program-program seperti I-KIT, I-KeuNita dan program Women Career Comeback.

Kerajaan juga menyediakan RM30 juta untuk kaum wanita menjalani pemeriksaan mamogram dan mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma, untuk mencegah kanser.

Bercakap tentang kejayaan dan kehebatan golongan wanita lagi, marilah kita memberi tepuk tahniah kepada Cik Lam Shu Jie, yang telah berjaya dalam penyelidikan Structurally Nano-Engineered Anti-Microbial Peptide Polymers (SNAPPs) di peringkat global. Saya difahamkan beliau sedang menuntut di salah sebuah universiti di Australia.

Sebagai sokongan kepada wani­ta berkerjaya yang masih menyusukan anak, kerajaan akan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan ini, diberi setiap dua tahun sekali, mulai tahun taksiran 2017.

Seterusnya, bagi meri­ngankan beban ibu bapa yang bekerja, pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberikan kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur enam tahun dan ke bawah, ke taman asuhan dan prasekolah berdaftar, mulai tahun taksiran 2017. Kerajaan menganggarkan 40,000 individu akan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai ini.

WASATIYYAH

Sebagai sebuah negara Islam yang wasatiyyah, berasaskan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, Kerajaan dari masa ke semasa akan terus memperkembangkan syiar Islam di landasan betul.

Seraya itu, Kerajaan, menolak sekeras-kerasnya sebarang fahaman yang terlalu liberal mahupun terlalu ekstrem.

Di sudut ini, peranan para agamawan, khususnya golongan imam serta ahli jawatankuasa masjid dan surau-surau dipandang serius oleh pihak Kerajaan, terutamanya kebajikan mereka.

Makanya, pada hari ini, kita berbesar hati untuk menjemput beberapa imam dan bilal yang berjasa sejak sekian lama di surau-surau dan masjid-masjid seluruh negara.

Silalah kita mendongak ke galeri dan skrin, wajah-wajah antara ribuan imam, bilal dan siak, yang telah berjasa mengimarahkan masjid dan surau dalam ibadah jemaah. Berilah tepukan penghargaan kepada mereka.

Seiring dengan itu, dengan rasa tawaduknya, berasa bersyukur, kerana imam-imam ini adalah antara 4,611 jemaah yang telah dibiayai untuk mengerjakan ibadat haji oleh GLC.

Berkait ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan elaun imam di bawah Jakim, daripada RM750 kepada RM850 sebulan. Ini memanfaatkan hampir 15,000 imam di seluruh negara.

Manakala sebanyak RM500, akan diberikan secara one-off kepada hampir 16,000 bilal dan siak di seluruh tanah air, sebagai menghargai jasa mereka dalam mengurus tadbir masjid.

Sukacitanya Kerajaan mengumumkan, elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33,000 guru.

Kerajaan menyedari permintaan yang tinggi oleh masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Oleh itu, buat pertama kalinya, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Bagi menghargai khidmat jasa para pembantu Kemas, elaun mereka akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11,000 orang.

Sebanyak RM85 juta akan diperuntukkan bagi program Permata, yang melibatkan 30,000 kanak-kanak, antaranya, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia. Selain itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan, dan Kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang akan diubah suai menjadi pusat Permata Pintar dan Berbakat.

Ingin disampaikan satu lagi khabar penting, kerajaan akan mengambil langkah positif untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun hadapan, berkait mereka yang telah diisytiharkan bankrap, terutamanya penjamin sosial misalannya penjamin biasiswa.

TN50

Sesungguhnya Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan anak jantan. Kita tidak akan sesekali lari dari masalah.

Kita tidak akan pernah belot dan takut kecundang, lari dari medan perjuangan.

Lantas, sukacitanya saya meng­umumkan, sebaik sahaja bajet ini selesai, pihak kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional atau national discourse bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu.

Kalau lembayung gagasan negara yang saya perkenalkan sejak 2010 adalah, Dasar Transformasi Nasional atau DTN, maka wacana nasional ini pula saya namakan sebagai, Transformasi Nasional 2050 dan sesudah ini dijenamakan sebagai TN50.

Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk menyediakan Generasi Baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau tiga dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence.

TN50 akan dimula-gerakkan dengan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional atau national discourse seperti diputuskan oleh Kabinet, akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta pastinya akan dinaungi dan dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri.

Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamlah tawarikh bahawa, Kita adalah Bapa-Bapa atau Nenek Moyang yang bertanggungjawab, mahu mewariskan yang terbaik dan terhebat, diperturunkan kepada generasi hari muka.

TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui.

Dari itu, walau kita terus diperhadapkan dengan beribu aral yang melintang,… tapi kita terima dengan jiwa yang besar dan roh bangsa merdeka.

– utusan online

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *