A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / ‪Sebanyak 241,595 Unit Rumah Mampu Milik Sudah Siap Dibina Di Seluruh Negara.

‪Sebanyak 241,595 Unit Rumah Mampu Milik Sudah Siap Dibina Di Seluruh Negara.



KUALA LUMPUR – Sebanyak 241,595 unit rumah mampu milik sudah siap dibina di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu.
Sementara yang sedang dalam proses pembinaan pula ujar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, adalah sebanyak 634,235 unit.

“Rumah mampu milik yang sudah siap sebanyak adalah 241,595 (21.7%), dalam proses pembinan 634,235 (57.1%) dan mengenal pasti tapak 256,138 (21.2%).

“Pada tahun 2013 kerajaan telahpun tetapkan pembinaan 1 juta rumah mampu milik. Bagaimanapun pada 2016 kerajaan telah tambah kepada 1.1 juta unit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khalid Bin Abd Samad (PAN-Shah Alam) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2018. KLXPRESS

About Fauzi

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *