Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Sayangilah negara, pertahankan kemerdekaan ini

Sayangilah negara, pertahankan kemerdekaan ini

28 Ogos : Lagu nyanyian wanita komunis semasa mendodoikan anaknya yang bagaikan menanam semangat agar negara ini dirampas meskipun telah mencapai kemerdekaan, benar-benar merobek hati dan jiwa bekas komando Rejimen Gerak Khas Zainal Ariffin Mamat.

Hampir 40 tahun telah berlalu namun nyanyian dan lirik lagu itu masih terngiang-ngiang serta menjadi igauan ngeri buat Zainal Ariffin, 61, yang pernah menyertai gerakan menjejak komunis di beberapa negeri termasuk Perak dan Kedah.

“Pernah satu ketika dalam operasi menentang komunis pada 1975 di Air Kala, Lenggong, Perak, terdengar seorang perempuan menyanyi ketika mendodoi anaknya di dalam buaian dengan kata-kata ‘tidurlah wahai anakku, satu hari besok, Malaysia kita punya’.

“Komunis telah menanam semangat untuk merampas negara ini daripada pemerintah sejak dari buaian lagi dan kini jika anak itu masih hidup, dia sudah berumur kira-kira 40 tahun,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mengimbas semula perjuangannya menentang komunis, Zainal Ariffin yang lebih mesra dipanggil Pak Zainal, berkata semasa operasi di hutan Gubir, Kedah yang merupakan lubuk komunis, dua daripada 30 anggotanya telah terkena jerangkap samar dan terpaksa dihantar ke Hospital Alor Setar.

“Sepatutnya kita hantar mereka mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang, namun risikan mendapati di hospital itu ada pegawai perubatan yang prokomunis.

“Jika ada anggota tentera yang cedera perlu dipotong sedikit anggota badan, tetapi pegawai itu akan memotong lebih daripada yang sepatutnya. Jadi kita hantar ke Hospital Alor Setar,” katanya yang berkhidmat sebagai komando selama 19 tahun.

Pak Zainal berkata pada mulanya beliau menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kerana terpengaruh dengan bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj yang berusaha berjuang memerdekakan negara ini dan selepas itu bertukar kepada pasukan komando dalam unit tempur.

Katanya ketika pilihan raya umum diadakan pada 1965, Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) menjadi tunjang pemerintahan ketika itu dan beliau menjadi seorang daripada penyokong tanpa dipaksa.

“Suatu hari saya melihat sebuah helikopter berlegar-legar di kawasan kampung Seberang Takir dengan membuang poster parti yang berlambangkan perahu layar itu dari udara sebagai kempen pilihan raya.

“Saya pergi memungut poster yang dibuang itu dan mengumpulnya sehingga seguni dan poster-poster itu saya tampal di segenap dinding rumah nenek,” kata Pak Zainal, yang semasa kecil tinggal bersama neneknya di rumah berdindingkan buluh di kampung nelayan Seberang Takir.

Bersempena Hari Kemerdekaan ke-59 yang akan tiba beberapa hari lagi, Pak Zainal berharap golongan muda yang menjadi pewaris negara mampu memelihara dan menjaga keamanan yang telah dikecapi selama ini.

“Ini negara tanah tumpah darah…saya sedia berjuang jika dikerah demi mempertahankan tanah pusaka yang tercinta ini. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga kerana kebijaksanaan pemimpin kerajaan mentadbir.

“Negara ini berada dalam keadaan aman dan harmoni berbanding negara lain yang sama usia kemerdekaannya tetapi masih berada dalam keadaan tidak membangun,” katanya. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *