A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Saya Tetap Istiqamah Dan Fokus Jalankan Pentadbiran – PM Najib

Saya Tetap Istiqamah Dan Fokus Jalankan Pentadbiran – PM Najib

null

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) akan tetap beristiqamah dan fokus dalam menjalankan pentadbiran walau apapun serangan politik yang diterima.

“Walau apapun serangan, kita (BN) jangan hilang hala tuju, jangan hilang fokus. Kita tetap komited untuk laksanakan pelan kalau kita berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.

Annuar dalam soalan tambahannya bertanya adakah Najib sedar beliau berhadapan dengan tekanan dan kempen benci yang rancak dijalankan serta apakah pendirian perdana menteri berhubung perkara itu.

Najib berkata beliau sedar dan tidak hairan dengan apa yang berlaku terhadapnya dan akan terus komited melaksanakan pelan ekonomi yang dirancang.

“Kalau kita terus istiqamah dan konsisten, lambat laun rakyat akan hargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Najib dalam masa sama turut menyatakan perbandingan berhubung apa yang berlaku terhadap dirinya kini dengan apa yang pernah berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bila Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pun macam-macam gelaran yang dilemparkan kepada beliau seperti mahazalim, mahafiraun dan lain-lain, tapi sekarang ni (boleh) duduk bersama pembangkang pula,” katanya.

Najib berkata beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau apabila siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai dilakukan.

“Saya serahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tentang 1MDB malah (isu) RM2.6 bilion juga, ada proses yang ditentukan pihak berkenaan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana proses akauntabiliti akan tetap diteruskan,” kata Najib.

— BERNAMA

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *