A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Saya dipecat dua kali – Chegubard

Saya dipecat dua kali – Chegubard

7 SEPT : Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard telah dipecat sebanyak dua kali oleh PKR.

Kali pertama surat pemecatan beliau telah diterima pada 26 Ogos 2016 atas alasan Chegubard telah menjejaskan imej serta memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

samm-chegubard dipecatKetika surat pemecatan tersebut dikeluarkan, terdapat isu yang timbul dimana surat tersebut dikatakan palsu kerana Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebenarnya tidak menandatangani surat itu.

Namun belum selesai lagi isu tersebut, sekali lagi surat pemecatan terhadap Chegubard dikeluarkan pada semalam iaitu 6 September 2016 atas alasan yang sama iaitu menjejaskan imej serta memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Surat itu telah dimuat naik oleh Chegubard sendiri melalui akaun Facebooknya dengan menyatakan:

“Hari ini saya dipecat sekali lagi hahaha.

“Ni namanya pecat sampai mati.. bila tak mati akan dipecat berkali-kali sampai mati.

“Adoi Anwar dan Muhyiddin pun kena pecat sekali je.. gila betul anak angkat Mahathir ni,” tulis Badrul Hisham dalam statusnya yang merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang juga anak angkat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azmin juga semalam menjadi agen membawa Dr Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seterunya yang pernah disumbat masuk ke dalam penjara.

Perenggan akhir Badrul Hisham merujuk kepada pemecatan bekas timbalan perdana menteri  Anwar pada 1998 dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2015 daripada Kabinet.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *