A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Saya Bukan Melayu Mudah Lupa – Haji Hadi

Saya Bukan Melayu Mudah Lupa – Haji Hadi

Presiden Pas hari ini seolah-olah menyindir bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan mendakwa banyak kes besar sejak pada zamannya tidak ada penyelesaian sampai sekarang.

Menurutnya, kesemua kes-kes lama itu ditinggalkan tanpa penyelesaian bahkan dilupakan.

“Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB.

“Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

“Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an.

“Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi menegaskan, al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja.

“Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama,” ujarnya.

Menurutnya, 1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian.

“Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ.

“Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya,” katanya lagi.

 

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *