Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Saudi Aramco bakal menjadi pelabur tunggal terbesar dalam projek tersebut.

Jelas beliau, pelaburan tersebut antara perkara dipersetujui dalam mesyuarat dua hala antara beliau bersama bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud hari ini.

“Saya mengesahkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dan segala butiran lanjut akan diumumkan dalam majlis menandatangani memorandum peesefahaman yang dimeterai esok.

“Ini merupakan satu bukti keyakinan Arab Saudi terhadap potensi Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dalam empat bidang iaitu, pendidikan, perdagangan, sumber manusia dan kerjasama antara agensi berita.

– UTUSAN ONLINE