A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Salam perdamaian DAP penuh muslihat tertentu, jangan terpedaya

Salam perdamaian DAP penuh muslihat tertentu, jangan terpedaya

Huluran salam Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata, huluran salam DAP itu tidak lebih sekadar muslihatnya yang mahu mempergunakan PAS bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Ini berkenaan soal kepercayaan. Rakan kongsi adalah berkenaan dengan kepercayaan.

“Sungguhpun kata agendanya untuk selamatkan Malaysia, tapi dari siapa dan apa? Beliau kata nak selamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi. Itu sebenarnya cakap saja,” katanya pada Rabu.

Justeru ujarnya, PAS sebagai parti yang pernah melalui sejarah hitam bersama DAP sewajarnya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Di pihak PAS, kena jaga-jaga kerana mereka biasa kena, bukan tak biasa dengan DAP. Jadi kalau kita lihat, DAP ini tahu kalau tak ada sokongan dari PAS atau PKR, memang mereka tak boleh pergi ke mana-mana.

“Kalau tak dapat sokongan pengundi Melayu, mereka tak boleh jadi kerajaan Malaysia,” katanya lagi.

Kit Siang kelmarin memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan Hadi jika Presiden PAS itu bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada masalah kleptokrasi.

Menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura, veteran DAP itu berkata, keutamaan pada masa kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia.

Bagaimanapun, Tunku Aziz membidas kenyataan Kit Siang sambil mempersoalkan apakah DAP benar-benar ‘bersih’ daripada rasuah sehingga melontarkan cadangan berkenaan.

Selamatkan Malaysia daripada kleptokrasi kononnya, macam la DAP satu parti yang tidak ada kena mengena dengan rasuah.

“Tak payah cakap saja, kita nak lihat tindakannya. Ini cakap senang lah,” katanya.

Huluran salam Kit Siang itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, partinya tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam ‘permainan’ politik DAP.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *