A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / PRK Sungai Besar / PRK SG BESAR / Sah memang Azmin beri kata dua pecat exco PAS

Sah memang Azmin beri kata dua pecat exco PAS

Sandiwara apa yang cuba Datuk Seri Azmin Ali buktikan ? Malah dengan pendedahan terbaru ini sudah pasti akan menjatuhkan lagi kreadibilitinya sebagai Timbalan Presiden PKR mahupun Menteri Besar Selangor.

Terbaru, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendedahkan memang sah Azmin telah mengarahkan tiga exco PAS meletakkan jawatan mereka jika PAS terus berdegil mahu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Khairuddin juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan pengesahan itu diperolehi berdasarkan maklumat yang diterima daripada partinya.

Khairuddin Aman VS azmin“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan exco PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang sudah ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan exco PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” kata Khairuddin pada Sabtu.

Menurut Khairuddin lagi, Azmin terpaksa berbohong kerana beliau dalam keadaan tertekan dengan desakan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu meletakkan calon mereka di Parlimen berkenaan.

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.

Tambah Khairuddin, tindakan Azmin itu ternyata melukakan hatinya dan PAS secara keseluruhannya  kerana Azmin menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti ketika Abdul Hadi menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Azmin ketika itu berkata rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

About RJ

Check Also

Bantuan Khas RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah bermula hari ini – Najib #scs93 #prksgbesar

10 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *