A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Sabotaj MyIMMS: 100 Termasuk Pegawai Imigresen Terlibat, Sebahagian Ditahan Polis

Sabotaj MyIMMS: 100 Termasuk Pegawai Imigresen Terlibat, Sebahagian Ditahan Polis

Kira-kira 100 orang termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan anggota sindiket kini disiasat pihak berkuasa disyaki terlibat dalam mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Zahid-Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pegawai terlibat terdiri daripada pegawai pertengahan dan kakitangan sokongan JIM yang berkhidmat selama satu hingga lima tahun.

Berdasarkan risikan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan JIM mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem itu kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna, katanya.

“Kebanyakan mereka melakukan kegiatan mensabotaj enam bulan hingga dua tahun untuk mengaut keuntungan semata-mata…sebahagian daripada mereka kini berada dalam tahanan polis.

Kita tidak akan mempertahankan mereka dalam perkara ini malah akan mengambil tindakan proaktif berdasarkan laporan media dan orang ramai. Bukan hanya tindakan disiplin dalaman malah kami mengheret mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah. Kita tidak akan berkompromi dengan mereka terlibat,” katanya

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *