A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Rombakan kabinet: Noh Omar menteri penuh Husni tamat khidmat

Rombakan kabinet: Noh Omar menteri penuh Husni tamat khidmat

27 JUN: Rombakan Kabinet hari ini menyaksikan pelantikan dua Menteri penuh serta empat Timbalan Menteri baharu.

Manakala Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berundur daripada Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan rombakan Kabinet itu di Perdana Putra, pada Isnin berkata Husni meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

imageDua Menteri penuh yang dilantik ialah Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau mengambil alih portfolio Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Manakala Timbalan Menteri yang baharu dilantik ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Mansor sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Manakala Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kuota wanita Perdana Menteri berkata pertambahan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.

Untuk rekod selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, ini adlah rombakan kabinet yang ketiga dilakukan.

Penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri:

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Ghani

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Mansor

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri K Devamany

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *