Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / RM2.4 Juta Perlindungan Insurans Anggota Bomba dan Penyelamat

RM2.4 Juta Perlindungan Insurans Anggota Bomba dan Penyelamat

Sebanyak RM2.4 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk menyediakan perlindungan insurans secara berkelompok kepada anggota pasukan bomba dan penyelamat sejak 2014 hingga 2016.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, pelaksanaan skim insurans itu dapat membantu untuk meringankan beban pegawai bomba dan penyelamat apabila menghadapi kemalangan.

“Mulai tahun 2014, kerajaan telahpun memperkenalkan skim insurans berkelompok dan kerajaan telahpun memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta untuk membeli elaun berkelompok untuk memberikan perlindungan insurans secara berkelompok kepada pegawai bomba dan penyelamat sejak dari 2014 sehinggalah ke tahun 2016.

“(Pelaksanaan skim tersebut) Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban pegawai bomba dan penyelamat apabila menghadapi kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Dr Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu menjawab soalan asal daripada Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abdul Hamid (B) (Lumut), Noh menjelaskan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengambil beberapa langkah dalam memastikan kebajikan setiap pegawai bomba terjamin selaras dengan risiko tugas dan tanggungjawab mereka.

Antaranya ialah setiap pegawai bomba adalah layak menerima pampasan di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti mana termaktub dalam 1 Pekeliling Perbendaraan (1PP) Pengurusan Wang Awam (WP) 6.3, dan kerajaan telah meluluskan Skim Insurans Takaful Berkelompok khusus kepada pegawai bomba bermula tahun 2014 bagi menjaga kebajikan pegawai bomba serta waris dan keluarga mereka jika berlaku kematian, kecederaan atau kecacatan kekal semasa bertugas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga katanya telah mengemukakan permohonan elaun risiko iaitu Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba kepada agensi pusat pada tahun 2015.

“Sehingga kini ianya masih dalam pertimbangan untuk kelulusan. Elaun khas ini adalah untuk seluruh pegawai bomba dari pelbagai pangkat sebagaimana elaun khas yang telah diluluskan kepada agensi-agensi penguatkuasa dan keselamatan yang lain sesuai dengan risiko tugas yang dihadapi.

“Dari aspek keselamatan semasa bertugas, pegawai bomba diarahkan untuk mematuhi Dasar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 2012 berpandukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bagi mewujudkan budaya kerja yang kondusif dan selamat,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *