A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Rayuan untuk permohonan BR1M 2016 mulai esok

Rayuan untuk permohonan BR1M 2016 mulai esok

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

PUTRAJAYA – Rayuan bagi pemohon yang gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dibuka mulai esok (15 Mac) hingga 15 April ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini, katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Husni berkata, secara keseluruhan, hampir 7.1 juta permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2016.

Ia merangkumi bantuan isi rumah RM1,050 kepada hampir 162,000 penerima, bantuan isi rumah RM1,000 kepada 3.4 juta penerima, bantuan isi rumah RM800 kepada 380,000 penerima dan bantuan individu RM400 kepada 3.2 juta penerima.

Ahmad Husni berkata penerima sedia ada yang ingin mengemaskini maklumat terkini seperti nombor akaun bank, maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *