For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Rasa Kecewa, Pihak Bantah Lebuh Raya Ikrar Lawan Pakatan Harapan

Rasa Kecewa, Pihak Bantah Lebuh Raya Ikrar Lawan Pakatan Harapan

Selepas gagal menghalang kerajaan Selangor meneruskan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), beberapa pertubuhan yang membantah projek tersebut semalam berikrar berkempen menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jurucakap “Say No To DASH”, Mark Khuin Weng, berkata kerajaan Selangor di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mempedulikan bantahan pembinaan DASH yang dihantar sejak beberapa tahun lalu.

Ia menyebabkan mereka putus harapan untuk meneruskan bantahan.

“Kami sudah penat, kalau bantah pun macam tak ada guna, sebab kerajaan tidak mahu dengar.

“Apa yang kita boleh buat ialah minta semua penduduk tidak mengundi kerajaan Pakatan atau Pakatan Harapan pada PRU akan datang,” kata Mark.

Menurutnya, belanja guaman yang besar menyebabkan hasrat mereka membawa kes itu ke mahkamah terpaksa diabaikan.

“Jadi buat apa nak bertengkar dengan kerajaan sebab yang bayar cukai kami, kalau saman kerajaan, mereka guna duit kami bayar cukai juga untuk lawan kami,” katanya lagi.

Projek lebuh raya DASH oleh kerajaan persekutuan yang menelan belanja hampir RM10 bilion ini mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan Selangor dan mula dibina Ogos tahun lepas.

Sebelum ini, beberapa pihak daripada parti politik dan badan bukan kerajaan menyuarakan bantahan terhadap kerajaan negeri berhubung rancangan pembinaan DASH dan SUKE, atas alasan menjejaskan kawasan perumahan penduduk.

Mark berkata, projek itu akan menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan Shah Alam dan perkara sama dijangka berlaku di sekitar Damansara Perdana, memandangkan lebih 1,000 pokok terpaksa ditevang untuk memberi laluan.

“Di Damansara Perdana, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah memberi notis untuk menebang pokok disana sebanyak 1,100 batang, disusuli kawasan lain,” katanya.

DASH sepanjang 20km bermula dari Puncak Perdana di Shah Alam, menghubungkan Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara, Damansara Perdana dan Mutiara Damansara, sebelum tamat di Lebuhraya dan menyusur ke Lebuhraya Damansara–Puchong dan Lebuhraya Sprint.

Kerajaan berkata projek itu menjadi pelengkap kepada 4 lebuh raya yang ada sekarang iaitu LDP, Penchala, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Manakala SUKE, sepanjang 24km, bermula di Sri Petaling dan melalui Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang Permai, Taman Kosas, Ampang dan Taman Hillview sebelum tamat di Ulu Kelang.

– FMT

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *