Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Rakyat jaga kedaulatan, elak penjajahan moden gesa Najib

Rakyat jaga kedaulatan, elak penjajahan moden gesa Najib

13 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa supaya rakyat Malaysia menjaga kedaulatan negara dan tidak membiarkan penjajahan moden menakluki negara kerana ia hanya akan membawa kehancuran.

NSTPBeliau berkata sekiranya negara dijajah dalam bentuk moden, segala martabat, maruah serta kedaulatan negara akan hilang dan tidak boleh diperoleh kembali.

“(Dalam) sejarah (Melaka), Bendahara Tun Perak setia kepada empat raja. Melaka terkenal sebagai Venice of the East (Venice di Timur) kerana kesetiaan tetapi bila percaya kepada hasutan, bagi maklumat kepada Portugis, hancur Melaka…ini pengajaran dari sejarah kita.

“(Oleh itu), jaga kedaulatan, ini kedulatan negara kita, itu adalah hak kita. Kepimpinan negara, kita yang tentukan bukan orang lain yang tentukan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Bandar Hilir pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Ahli Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

Untuk mengelak daripada mengulangi kesalahan sama, Najib yang juga Presiden UMNO menekankan pentingnya kesetiaan sebagai tunggak kepada perjuangan untuk menjaga negara dan membela rakyat.

“Dalam politik, saya amat menghormati Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang amat setia dengan perjuangan parti UMNO. Bagi beliau, jawatan tidak penting… yang penting adalah perjuangan. Kalau parti selamat, kita semua selamat.

“Suatu hari nanti, saya akan serah (UMNO) kepada pengganti saya. Masa itu, kalau hendak datang kepada saya atau tidak, itu tidak mengapa. Tetapi, saya pantang mengkhianati UMNO. Kita mahu serah sebuah parti yang kuat,” katanya.

Najib juga berkata sebagai pemimpin yang dipilih melalui sistem paling demokrasi dalam UMNO, beliau tidak mengamalkan sikap diktator yang tidak membawa kebaikan kepada parti dan rakyat.

“Saya hendak jadi seorang presiden yang dipilih ahli, sebelum ini nak lawan kena ada 56 pencalonan. Nak dapat satu pun susah… 56 mustahil. Kalau saya kekal perlembagaan, senang-senang saya jadi PM lebih 22 tahun,” katanya.

Beliau berkata UMNO merupakan sebuah harta pusaka yang diwarisi bagi membawa rakyat dan negara ini ke hadapan seterusnya mengubah negara ini daripada negara sederhana ke negara berekonomi tinggi.

“Ini perjalanan kita, ini saya katakan transformasi kita untuk menjadi sebuah negara di mana imej kita, martabat kita, akan dihormati disanjung dunia.

“Sebab itu saya katakan di sini walau apapun mereka lemparkan tohmahan fitnah kepada kita, selagi ahli UMNO dan rakyat bersama saya, saya akan terus berjuang kerana kita ada misi,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *