A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Rakyat diperdaya “sandiwara manifesto” pembangkang – Budiman

Rakyat diperdaya “sandiwara manifesto” pembangkang – Budiman

Kemahiran ‘bersandiwara’ kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang berjaya mengaburkan mata rakyat sehingga mereka berjaya menubuhkan kerajaan di dua negeri tersebut.

“Kemahiran bersandiwara kerajaan Selangor hebat kerana cukai yang dikenakan oleh Selangor dan Pulau Pinang ada tetapi tidak diketahui oleh rakyat kerana kemahiran mereka dalam mempromosikan sesuatu fakta sehingga perkara asas diketepikan.

Budiman“Soal manifesto negeri Selangor janji turunkan 20% cukai pintu, ramai yang terpersona dan menyebabkan mereka boleh tubuhkan negeri, akhirnya manifesto itu bukan janji,” kata Budiman.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Bajet 2017 di Parlimen pada Isnin.

Ketika bangun mencelah perbahasan tersebut, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzi mencabar kerajaan meletakkan cadangan menaikkan peratusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 10% di dalam manifesto PRU14 jika terlalu yakin GST dapat membantu negara.

Budiman berkata rakyat sudah boleh menerima pelaksanaan GST apabila beliau sendiri dipilih menjadi ahli parlimen pasca GST.

“Saya produk pasca GST, ia sebenarnya bergantung kepada penyampaian tentang manfaatkan GST.

“Saya beri penerangan yang baik, GST boleh bantu anak masuk universiti selain contoh lain yang baik tanpa ‘langau’ dan pelancong politik (ke Sungai Besar) yang cakap buruk pasal GST,” katanya.

Justeru baik atau buruk GST adalah bergantung kepada kelompok yang sedang membina persepsi baik mengenainya dan kelompok yang memberi persepsi yang tidak baik.

Menyentuh soal bajet alternatif pembangkang, Budiman berkata mereka tidak boleh menjadikan rakyat sebagai hak ekslusif mereka ketika merangka bajet.

“Saya baca satu persatu, bajet mereka tidak konsisten, dahulu tawar pendidikan percuma, sekarang tidak ada, dahulu kata nak hapus GST sekarang cadang bajet sifar GST.

“Kami (BN) rakyat yang membentuk kerajaan, bajet kami tebal dua inci, pembangkang hanya beberapa sentimeter sahaja. Jangan pesong fakta, jangan anggap rakyat itu hak mutlak mereka,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *